Utusan Borneo (Sarawak)

Turunkan harga kenderaan milikan pertama: Naroden

Ia ekoran pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an atau ‘zero rated’ sejak Jun lalu

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Harga kenderaan milikan pertama digesa diturunkan harga ekoran pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) atau ‘zero rated’ sejak Jun lalu.

Demikian saranan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais yang turut mencadangk­an perkara yang sama bagi pemilikan pertama kenderaan komersial seperti ‘twin cabin’, van, lori atau pacuan empat roda.

“Kenderaan berat atau komersil ini adalah untuk rakyat mencari makan, bagi pemilikan kenderaan kedua pula biasanya digunakan bukan untuk bekerja atau berniaga.

“Justeru bagi kenderaan pertama, bank yang mem-

Kenderaan berat atau komersil ini adalah untuk rakyat mencari makan, bagi pemilikan kenderaan kedua pula biasanya digunakan bukan untuk bekerja atau berniaga.

beri pinjaman sepatutnya memberi faedah yang paling rendah atau minimum atau menurunkan BLRnya,” katanya Sabtu lepas ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Agung Koperasi Automobil Sarawak (KOS) di sini.

Tambahnya, insurans dan cukai jalan perlu ditawarkan pada harga yang terendah dan mudah bagi pembeli kenderaan pertama.

Dengan dasar demikian, beliau percaya majoriti rakyat dapat memiliki kenderaan dengan lebih mudah untuk tujuan berniaga dan bekerja bagi mendapatka­n pendapatan.

Pada mesyuarat tersebut, pihak KOS turut membawa institusi kewangan, insurans dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat berbincang mengenai hala tuju dan dasar baharu.

Pihaknya turut melihat bagaimana untuk memudahkan prosedur tuntutan insurans, laporan polis dibuat selepas berlaku kemalangan termasuk ‘Mobile Service’ dari Sematan ke Lawas.

Katanya juga, koperasi atau persatuan harus digunakan sebagai platform untuk ahli dalam industri yang sama bergerak dalam satu misi dan visi yang sama melalui rangkaian yang ada.

Selain itu, juga harus meningkatk­an lagi kerjasama, bantu-membantu agar semua ahli maju bersama dalam rantaian bekalan diceburi daripada bekerja secara bersendiri­an.

Bahkan lebih menarik apabila hasil daripada kerjasama dan sokongan berkenaan adalah mudah bagi mendapatka­n alat ganti, tidak akan timbul soal sabotaj dalam rantaian bekalan.

Justeru katanya, bagi yang sudah maju digalakkan bersama menyokong perniagaan yang kecil dan begitu yang kecil akan membantu perkhidmat­an selepas jualan atau sokongan.

Trend perniagaan hari ini turut menggunaka­n teknologi Internet yang menjadi cabaran bagi para penjual yang menggunaka­n cara konvension­al.

“Ini merupakan kemahiran yang perlu dipelajari oleh penjual untuk memahami trend baharu menggunaka­n Internet dalam pemasaran, membuat pembayaran atas talian atau perkhidmat­an servis supaya tidak ketinggala­n,” tambahnya .

Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda E-Dagang

 ??  ?? TERBAIK: Pasukan RRSS dan RIT bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Eksekutif RIT Datuk Dr Fong Onn Min (kanan) dan timbalan Dr Fong, Chan Siew Ngo (kiri).
TERBAIK: Pasukan RRSS dan RIT bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi Eksekutif RIT Datuk Dr Fong Onn Min (kanan) dan timbalan Dr Fong, Chan Siew Ngo (kiri).
 ??  ?? MESYUARAT:Naroden (duduk,tengah) bersama ahli KOS selepas mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan KOS di Kuching Sabtu lalu.
MESYUARAT:Naroden (duduk,tengah) bersama ahli KOS selepas mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan KOS di Kuching Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia