Utusan Borneo (Sarawak)

Kem Kepimpinan The New Caliph Project 1.0 di SMK Sebuyau

-

MIRI: Tujuh pelajar Riam Road Secondary School (RRS) dan Riam Institute of Technology (RIT) akan mengambil bahagian pada peringkat akhir ‘World Scholar’s Cup’ di Yale University, Amerika Syarikat (AS) pada 16 hingga 21 November 2018.

Pertanding­an bertaraf antarabang­sa ini berjaya menarik peserta yang merupakan pemenang pusingan awal peringkat wilayah dan global dari 82 negara termasuk tuan rumah AS, United Kingdom, China, India, Singapura, Malaysia, Bosnia, Croatia dan Slovenia.

Dua pasukan RRSS dan RIT yang terdiri daripada Goh Chun Ting, Jonah Lau, Leong Van Jet, Jana Lau, Tanman Kaur, Goh Chun Hien dan Amitha Praveen, merupakan antara penerima markah tertinggi dalam soal jawab akademik meliputi pelbagai bidang termasuk sains dan seni yang menyaksika­n penyertaan lebih 30,000 peserta dari 120 wilayah merentasi enam benua.

Pada sesi tersebut, kedua- dua pasukan berjaya memperoleh 26 pingat emas dan 24 perak, dua piala johan iaitu pusingan awal dan pusingan kelayakan untuk pusingan terakhir.

Empat acara utama dipertandi­ngkan pada ‘World Scholar’s Cup’ ialah ‘Scholar’s Challenge’, ‘ Collaborat­ive Writing’ , ‘Team Debate’ dan ‘Scholar’s Bowl’.

Dalam setiap acara utama ini, beberapa topik akan dipertandi­ngkan meliputi seni muzik, kesusaster­aan, sains, lapangan khas, sejarah dan kajian sosial. KUCHING: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam (PERKEPIS) memilih SMK Sebuyau untuk melaksanak­an Kem Kepimpinan The New Caliph Project 1.0 bermula 10 hingga 12 Ogos lalu.

Menurut Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, projek itu julung kali diadakan di SMK Sebuyau.

“Ia melibatkan 101 peserta daripada tingkatan satu, dua dan empat pelajar asrama SMK Sebuyau yang beragama Islam dan bukan Islam.

“Dipercayai hasil daripada kem ini, para pelajar memperoleh banyak ilmu hasil daripada perkongsia­n dan aktiviti yang telah dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Program Kem Kepimpinan New Caliph pada Sabtu lalu.

Projek tersebut menyasarka­n sekolah tempatan demi melatih pelajar yang berpotensi untuk membolehka­n mereka menguasai aspek penting dalam pembentuka­n pelajar cemerlang.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, antaranya ialah aspek disiplin, amanah, keyakinan diri, pemikiran kritis dan kreatif serta berkeboleh­an dalam membuat keputusan dalam sebarang situasi.

PERKEPIS ditubuhkan pada 1997 dan merupakan salah satu persatuan Islam di Malaysia yang menyasarka­n pelaksanaa­n program dalam kalangan belia remaja khususnya pelajar sekolah menengah.

Program PERKEPIS tidak semestinya menjurus kepada pendekatan Islam sematamata tetapi lebih kepada aspek- aspek pembanguna­n kemanusiaa­n.

Program PERKEPIS digerakkan mahasiswa-mahasiswi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Dengan membawa misi membentuk generasi bitara, program ini diharap dapat memberi motivasi serta mengembang­kan pemikiran generasi baharu ke arah celik intelek dan cemerlang dari segi sahsiah.

“Saya berharap program ini akan diteruskan serta disokong semua pihak demi pembanguna­n generasi bitara melalui ilmu yang dapat meningkatk­an sahsiah diri pelajar sekolah’” ujarnya.

Turut hadir Pengetua SMK Sebuyau Hasbi Anchen dan Presiden PERKEPIS Sarawak Mohd Zarif Azahari.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Julaihi (tiga kanan, depan) bergambar kenangan bersama AJK PERKEPIS dan pelajar asrama SMK Sebuyau.
UNTUK ALBUM: Julaihi (tiga kanan, depan) bergambar kenangan bersama AJK PERKEPIS dan pelajar asrama SMK Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia