Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap ADUN diminta senarai projek pembanguna­n bagi tempoh 2019-2020

-

KUCHING: Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) diminta menyenarai­kan projek pembanguna­n di kawasan masing-masing bagi tempoh dua tahun iaitu 2019 hingga 2020.

ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, ia ekoran jabatan yang dipertangg­ungjawabka­n dalam menyelia Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) memohon setiap ADUN mengemukak­an senarai permohonan selewat-lewatnya pada November tahun ini.

“Semalam (Jumaat), kita telah bermesyuar­at dengan pihak yang bertanggun­gjawab dalam menjaga RTP dan telah diminta untuk memberi senarai permohonan baharu projek- projek pembangu- nan yang diperlukan untuk dimasukkan dalam senarai RTP bagi tempoh dua tahun iaitu 2019-2020.

“Tarikh tutupnya adalah bulan November ini dan bermakna senarai projek pembanguna­n tersebut perlu dihantar selewat- lewatnya hujung bulan Oktober ini termasuk kepada Pusat Khidmat ADUN N5 Demak Laut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan PBB Demak Laut kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan pelajar yang melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi awam Zon Tabuan di Masjid Darus Saadah Kampung Tabuan Melayu di sini, Sabtu lepas.

Sehubungan itu, Dr Hazland menyeru ranting-ranting PBB dan ketua masyarakat di kawasan Tabuan tampil berbincang bagi mengenal pasti projek pembanguna­n yang boleh dikemukaka­n kepada beliau untuk dimasukkan dalam senarai RTP DUN Demak Laut bagi tempoh 2019-2020.

“Di kawasan Tabuan ini masih ada kampung yang tidak mempunyai dewan serba guna atau dewan masyarakat dan padang futsal dan jika ada di kalangan penduduk yang mempunyai tanah untuk diwakafkan bagi membina dewan dan padang futsal, saya amat mengalu-alukannya.

“Di sini, saya akan mencadangk­an permohonan membina dewan dengan nilai RM500,000 di kawasan Tabuan.

“Begitu juga dengan padang futsal, saya akan memasukkan projek tersebut dalam RTP dengan nilai RM200,000 termasuk dengan pagar dan lampu,” katanya.

Justeru, beliau meminta setiap kampung di Zon Tabuan seperti Kampung Tabuan Hilir, Kampung Tabuan Lama, Kampung Tabuan Melayu, Kampung Tabuan Dani, Kampung Tabuan Lot dan Kampung Tabuan Tengah berbincang mengenai projek yang diperlukan untuk dimasukkan dalam senarai RTP 2019-2020.

Dr Hazland turut mengumumka­n berita baik kepada penduduk Kampung Tabuan Lama iaitu satu projek perparitan di bawah RTP bernilai RM300,000 telah diluluskan dan akan dilaksanak­an pada tahun ini.

Mengenai keperluan jam- batan yang diminta penduduk Kampung Tabuan Dani, beliau akan memasukkan­nya ke dalam senarai RTP 2019-2020.

“Saya akan menulis surat kepada Ahli Parlimen Santubong bagi memaklumka­n bahawa permohonan pembinaan jambatan di Kampung Tabuan Dani akan dimasukkan dalam senarai RTP DUN Demak Laut.

“Kita ada peruntukan RM5 juta setahun untuk menjalanka­n projek-projek pembanguna­n di kawasan DUN Demak Laut. Dan senarai terbaharu bagi tempoh dua tahun itu melibatkan RM10 juta,” katanya.

Terdahulu, Pusat Khidmat ADUN Demak Laut telah membawa bersama ketua- ketua masyarakat di kawasan DUN Demak Laut bagi mendengar taklimat tentang Projek Transforma­si Luar Bandar atau Rural Transforma­tion Project (RTP) oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) di Ibu Pejabat JKR Bahagian Kuching baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Kaum Kampung Tabuan Hilir Ramli Salleh, Ketua Ranting Tabuan Lama Jali Abang, Ketua Ranting Tabuan Hilir Jarni Osen, Ketua Ranting Tabuan Selipar Putus dan Cemerlang Sedek Deris, Ketua Ranting Tabuan Tengah Amzah Dollah dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia Ismail Ali.

 ??  ?? DR HAZLAND
DR HAZLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia