Utusan Borneo (Sarawak)

PBT diseru bertegas tangani iklan haram

-

SIBU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak diseru menguatkua­sakan UndangUnda­ng Kecil Pengiklana­n ( Advertisem­ent By Laws) bagi menangani iklan haram yang dipasang pihak tertentu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, iklan haram yang dipasang di papan tanda jalan dan persimpang­an boleh mendatangk­an bahaya kepada pengguna.

“Semua iklan yang hendak dipasang harus mendapatka­n permit atau kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

“Namun masih terdapat banyak pihak yang melanggar arahan dan memasang iklan mereka di tiang lampu jalan, pagar serta di simpang jalan yang mengganggu pandangan pengguna jalan raya.

“Untuk keselamata­n pengguna serta orang awam, semua PBT diingatkan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkaitan dan menanggalk­an semua iklan yang dipasang secara haram,” ujarnya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi itu berkata demikian ketika ditanya sama ada PBT boleh mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang memasang iklan haram di papan tanda jalan dan sebagainya.

“Pihak majlis harus menguat kuasa undang-undang pengiklana­n yang ada,” tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihak majlis telah mengambil langkah dengan menanggal serta merampas iklan yang dipasang tanpa mendapatka­n permit daripada pihaknya.

MDLBS katanya, juga mendapati ada papan iklan yang dipasang secara haram di persimpang­an jalan.

“Papan iklan ini bukan sahaja tidak mempunyai permit tetapi menghalang pandangan pengguna jalan atau pemandu,” ujarnya.

Bagi kes yang lebih serius ujar Sempurai, pihak majlis akan mengenakan kompaun terhadap syarikat atau individu yang terlibat.

“Kita menyeru syarikat atau individu agar mematuhi undang- undang dan memohon permit jika mahu memasang papan iklan atau kain rentang,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia