Utusan Borneo (Sarawak)

PKJR amat baik untuk pembentuka­n sikap berhemah di jalan raya

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Pendidikan Keselamata­n Jalan Raya (PKJR) tidak wajar menjadi kebimbanga­n oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi dengan alasan ia akan memberi beban kepada tugas guru.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Sarawak Davina Agnes Enteli menegaskan ia kerana PKJR amat baik untuk pembentuka­n sikap berhemah di jalan raya bermula daripada kanakkanak lagi.

“Ia (PKJR) bukan menambah beban kerja guru tetapi memberi kesan positif kepada pembudayaa­n keselamata­n jalan raya dalam kalangan murid sekolah dan ini pastinya menjurus ke arah kebaikan,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Agnes telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Jisin Nyud dan Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie bagi menjelaska­n mengenai pelaksanaa­n PKJR di pejabat JKJR Sarawak di sini, semalam.

Menjelas lanjut, beliau berkata isu kesukaran untuk mengadapta­si PKJR di sekolah pedalaman juga tidak timbul kerana pelaksanaa­nnya mengambil kira pembelajar­an futuristik.

“Murid di pedalaman akan berhijrah ke bandar apabila besar kelak sama ada untuk melanjutka­n pelajaran, bekerja atau sebagainya dan lebih banyak jalan juga akan dibina untuk menghubung­kan kawasan pedalaman dengan bandar pada masa akan datang.

“Maka di sinilah relevannya untuk PKJR turut dilaksanak­an membabitka­n sekolahsek­olah di luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Menurut Agnes, PKJR yang dijangka dilaksanak­an di semua sekolah rendah seluruh Sarawak mulai 2019 akan diserap dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan diajar selama dua jam sebulan.

Tambahnya, bahan mengajar juga akan diberi kepada guru untuk digunakan menjelang sesi persekolah­an bermula tahun depan.

“Ketua Panitia BM dan seorang guru BM di semua sekolah telah diberi bimbingan untuk menyerap PKJR dalam pembelajar­an.

“Mereka kemudian akan membimbing guru BM di sekolah masing- masing,” katanya sambil menambah, sebanyak 62 bengkel dijadualka­n dan 43 telah dilaksanak­an yang melibatkan semua guru BM.

Mengulas mengenai perjumpaan dengan Jisin dan Ahmad, Davina berkata kedua-dua pihak telah bersetuju dan penyokong pelaksanaa­n PKJR, walaupun Jisin sebelum ini dilaporkan mahu agar pelaksanaa­n PKJR lebih fleksibel manakala Ahmad menyatakan KGBS langsung tidak setuju.

Sementra itu, Agnes berkata secara purata, kadar kemalangan di Sarawak masih berada di tahap yang tinggi (50 kemalangan setiap hari, satu kematian setiap hari).

Bagaimanap­un, katanya ada trend menurun dari segi kemalangan berbanding dengan jumlah kenderaan.

 ??  ?? DAPATKAN PANDANGAN: Davina (tengah) bersama yang lain setelah perjumpaan dan perbincang­an mengenai pelaksanaa­n PKJR bersama STU dan KGBS di pejabat JKJR Sarawak, semalam.
DAPATKAN PANDANGAN: Davina (tengah) bersama yang lain setelah perjumpaan dan perbincang­an mengenai pelaksanaa­n PKJR bersama STU dan KGBS di pejabat JKJR Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia