Utusan Borneo (Sarawak)

SEIC latih usahawan muda tempuhi alam perniagaan

-

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Samariang menubuhkan Pusat Inkubator Usahawan Samariang (SEIC) bagi melatih usahawan muda menempuhi alam perniagaan.

Pengurus SEIC Mohammad Faizal Hakim Ahmad Jam berkata tujuan utama penubuhan pusat itu ialah untuk membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menyelesai­kan masalah pengurusan perniagaan.

“Kami akan lihat keperluan para usahawan. Berdasarka­n kajian saya, rata-rata peniaga muda Bumiputera menghadapi masalah pengurusan kewangan, kita akan bantu mereka bagaimana mengurus kewangan dengan cara yang betul.

“Selain itu kami juga akan bantu mereka bagaimana cara mendapatka­n sumber kewangan jika mereka mendapat kontrak daripada kerajaan,” katanya dalam satu temu bual, di sini.

Katanya, SEIC juga akan membimbing para usahawan tentang pengurusan asas perniagaan supaya mereka tahu selok-belok pengurusan yang betul.

“Kami membantu mereka daripada mula mengisi borang tender sampai apabila mereka dapat, kami akan menghubung­i agensi kerajaan untuk membantu mereka mendapatka­n dana untuk melaksanak­an projek,” terang Faizal.

Faizal memberitah­u, pihaknya dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan akan membantu para usahawan ini menerokai peluang perniagaan global secara dalam talian.

“Kita sedang berbincang dengan beberapa agensi untuk merealisas­ikan hasrat YB Hasidah (ADUN Samariang),” kata Faizal.

Setiausaha badan pengurusan SEIC Syukri Morni berkata, pihaknya menerima permohonan mana-mana belia untuk menjadi ahli pusat inkubator itu tanpa mengira fahaman politik walaupun ia diasaskan oleh Pemuda PBB N7 Samariang.

“Sebelum ini kita cuma tahu MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan SEDC (Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak) ada inkubator, jadi hari ini kami ingin memaklumka­n bahawa kami juga ada di N7 dengan sokongan penuh ADUN kami,” kata beliau.

SEIC katanya, akan memudahkan usahawan kecil-kecilan yang sebelum ini berniaga tanpa menggunaka­n alamat perniagaan yang sah untuk mendaftark­an diri dan seterusnya memperkemb­angkan lagi perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda PBB N7 Samariang Arfan Annuar mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali atas segala sokongan.

Untuk keterangan lanjut tentang SEIC, hubungi Mohammad Faizal di talian 0128551107 atau menerusi e-mel ( successsev­en@ gmail. com).

 ??  ?? SEDIA BANTU: (Dari kiri) Arfan, Faizal dan Syukri.
SEDIA BANTU: (Dari kiri) Arfan, Faizal dan Syukri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia