Utusan Borneo (Sarawak)

Empat sekolah menengah di Miri bermasalah dadah

Ia antara 10 sekolah disenarai di Sarawak pelajarnya terbabit penyalahgu­naan dadah: Voon

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sebanyak empat s e k o l a h m e n e n g a h di sini dikenal pasti terbabit penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajarnya.

Ketua Wanita Kebangsaan Harapan Bagi Hal Ehwal Sarawak Voon Shiak Ni mendedahka­n, empat sekolah menengah tersebut antara 10 sekolah di Sarawak yang turut disenaraik­an dan dikenal pasti terbabit penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajarnya oleh Kementeria­n Pendidikan.

Kementeria­n itu turut mengenal pasti 400 sekolah di seluruh negara yang terbabit penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar, majoritiny­a sekolah menengah.

“Kami amat kesal Miri turut disenaraik­an kerana terdapat empat sekolah menengah dari bahagian ini yang turut dikenal pasti mempunyai pelajar yang terlibat dalam penyalahgu­naan dadah,” katanya ketika mendedahka­n perkara tersebut pada sidang media di pejabat Pusat

Voon Shiak Ni Ketua Wanita Kebangsaan Harapan Bagi Hal Ehwal Sarawak

Khidmat Parlimen Miri di sini, semalam.

Mengulas lanjut Voon berkata, beliau enggan mendedahka­n nama empat sekolah tersebut namun sudah menerima aduan mengenainy­a yang dilaporkan sendiri ibu bapa pelajar dari sekolahsek­olah tersebut.

“Kami sudah ada nama sekolah tersebut namun kita tidak mahu mendedahka­nnya, sebaliknya akan mengambil pendekatan dengan pihak berkaitan untuk membantera­s gejala ini dan memberi peluang kedua kepada sekolah dan pelajarnya untuk memperbaik­i diri mereka,” tambahnya.

“Ibu bapa mengadu kepada kami bahawa anak- anak mereka akan mula ‘mengintai’ barangan di rumah mereka untuk dijual bagi mendapatka­n dadah jika tidak mendapat wang tunai daripada mereka (ibu bapa).

“Antara barangan yang menarik minat mereka ialah barang kemas termasuk jam dan lain-lain barang berharga yang boleh dijual untuk mendapatka­n wang segera,” ujarnya.

Voon berkata, situasi itu boleh menyumbang kepada perkara yang lebih buruk lagi apabila anak- anak mereka mula bertindak ganas di rumah dan boleh mengancam keselamata­n ahli keluarga lain.

Justeru katanya, bagi membantu mengekang gejala tersebut daripada terus menular, pejabat Pusat Khidmat PKR itu bercadang mahu melakukan program intervensi dan akan bekerjasam­a dengan Agensi Antidadah Kebangsaan ( ADDK), pihak polis dan sekolah.

“Kami akan bekerjasam­a dengan ADDK, polis dan pihak sekolah untuk melaksanak­an program intervensi ini sebagai salah satu usaha kami membantu membantera­s masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan remaja, khususnya yang membabitka­n pelajar sekolah di negeri ini,” tambahnya.

Mengulas lanjut Voon berkata, penyalahgu­naan dadah adalah perkara serius dan masalah sosial yang besar, lebih- lebih lagi apabila melibatkan golongan muda dan boleh merosakkan keharmonia­n dalam keluarga.

Justeru katanya, PKR amat mengalukan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantera­s gejala tersebut khususnya di sekolah-sekolah di negeri ini.

 ??  ?? PROGRAM INTERVENSI: Voon (depan, dua kanan) bersama petugas di Pusat Khidmat Parlimen Miri semasa sidang media di Miri, semalam.
PROGRAM INTERVENSI: Voon (depan, dua kanan) bersama petugas di Pusat Khidmat Parlimen Miri semasa sidang media di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia