Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad PERKESO Prihatin bantu segera pencarum ditimpa kemalangan

-

SIBU: Hasil kecekapan Skuad Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Prihatin memantau kemalangan disiarkan di media massa dan sosial, bantuan kepada pencarum yang layak dapat disalurkan dengan segera.

Ramie Tung, 43, kini lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 15 Julai lalu menerima bantuan daripada PERKESO semalam selepas maklumat kes itu daripada laman media sosial.

Pengarah PERKESO Sarawak Phillip Sangkan berkata beliau menerima kes itu pada Jumaat lalu (10 Ogos) dan segera menyalurka­nnya kepada cawangan PERKESO di Sibu.

Sejurus itu, pada Isnin (13 Ogos) PERKESO Sibu melawat mangsa dan ahli keluargany­a untuk membuat penilaian bentuk bantuan sewajarnya kepada Ramie.

“Beliau adalah pencarum kami dan berdasarka­n rekod yang ada, beliau layak menerima bantuan.

“Justeru, hari ini kami melawat rumah Ramie dan menyerahka­n bantuan dalam bentuk kerusi roda, alat kateter urin dan bantuan lampin pakai buang orang dewasa seumur hidup,” katanya selepas menyampaik­an bantuan kepada ahli keluarga Ramie di sini semalam.

Sehubungan itu, Phillip berkata orang ramai serta pencarum bahawa di bawah Skuad PERKESO Prihatin, pihaknya benarbenar mengambil peduli mana-mana pekerja terlibat kemalangan.

Oleh itu, beliau menggesa golongan pekerja supaya mencarum dengan PERKESO bagi menjamin kebajikan mereka jika terlibat dalam kemalangan di tempat kerja atau sebaliknya.

“Bayangkan jika beliau ( Ramie) bukan pencarum PERKESO sudah pasti beliau tidak mendapat apa- apa bantuan seperti ini tetapi beliau beruntung kerana menjadi pencarum kami,” katanya.

M e n u r u t P h i l l i p , sesetengah pencarum tidak tahu mengenai hak mereka sebagai pencarum dan hanya mencarum tanpa mengetahui fungsi keseluruha­n sebagai pencarum PERKESO.

Justeru, inisiatif penubuhan Skuad PERKESO Prihatin merupakan kaedah terbaharu PERKESO mencapai kepada pencarum mereka dengan lebih berkesan.

Turut hadir Pengurus PERKESO Sibu Tan Phang Chia.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Phillip (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada kakak Ramie yang kini menjaganya di rumah sewa, Jalan Hou Ping, Sibu sambil disaksikan Tan (dua kanan) dan yang lain.
TERIMA KASIH: Phillip (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada kakak Ramie yang kini menjaganya di rumah sewa, Jalan Hou Ping, Sibu sambil disaksikan Tan (dua kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia