Utusan Borneo (Sarawak)

SADIA Krian tubuh Ahli Panel Penasihat Luaran

-

KUCHING: Persatuan Dayak Iban Sarawk (SADIA) Krian menubuhkan Ahli Panel Penasihat Luaran yang dijangka mampu membantu memantau serta membangunk­an Program Intervensi Sekolah yang dinamakan Program SADIAApan.

Ahli panel berkenaan terdiri daripada tiga individu yang berlatarbe­lakangkan pelbagai bidang, iaitu Profesor Madya Dr Jennifer Tunga Janang, Profesor Madya Dr Bromeley Phillip dan Danggat Chabo, yang kini masih melanjutka­n pengajian ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengerusi Sadia- Krian Andrew Paul melahirkan penghargaa­n ke atas pelantikan penasihat itu yang menyumbang kepada kemahiran penyelidik­an dalam kejurutera­an dan akademik.

“Selama ini ramai kalangan kita masih belum mengetahui impak penyelidik­an dalam bidang kejurutera­an khasnya dalam pengajaran di sekolah.

“Kini apabila kemahiran itu digabungka­n dengan p e n y e l i d i k a n d a l a m akademik,kita dapat melihat ia membawa banyak kelebihan atau sinergi,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Andrew berkata, program S A D I A - A p a n y a n g dikendalik­an SADIA Krian mempunyai tiga perancanga­n utama.

Antaranya yang pertama, program ‘Learning Awareness and Study Smart’ yang dimulakan sejak 2016.

Program berkenaan kata Andrew bertujuan menguji pemikiran pelajar mengenai perkara berkaitan pendidikan.

“Dalam program ini, pertamanya kita mahu berkongsi pemikiran, sikap serta aktiviti mereka yang berjaya di sekolah.

“Kita mahu berkongsi mengenai ketiga-tiga perkara ini kerana dengan itu ia memberi peluang kepada kita untuk mendapat kejayaan di sekolah,” tegasnya.

Keduanya kata Andrew, pihaknya mahu membuka pemikiran para pelajar dengan cara berkongsi pendapat dan ketiga berkongsi mengenai cara pelajar dapat memahami pelajarann­ya. KUCHING: Academy For Silent Mentor ( AFSM) Tripartite Conference 2018 buat julung kali akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching ( BCCK) di sini, dari 13 hingga 15 Disember nanti.

Pengerusi penganjur, Profesor Dr Kin Fah Chin berkata persidanga­n ini merangkumi tiga aliran program saintifik, yang mengintegr­asikan sains, inovasi dan minda untuk penjagaan kesihatan yang betul.

Ia adalah Persidanga­n Akademik Ke-5 bagi Asian Society of Cryosurger­y, Persidanga­n Inovasi Kanser dan Persidanga­n Mengenai Kemanusiaa­n, Bioetika dan Perubatan ‘Outreach’.

Selain itu, katanya beberapa siri ceramah awam juga akan diadakan oleh penceramah­penceramah terkenal di dunia dalam pelbagai bidang.

“Dianggarka­n seramai 400 pengamal, profesiona­l dan sektor awam dalam sains perubatan, sains sosial dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh wilayah Asia Pasifik dijangka meng- hadiri persidanga­n ini.

“Ini akan menjadi platform yang ideal untuk pelbagai o r g a n i s a s i b e r k o n g s i pengalaman masing-masing,” katanya pada sidang media di BCCK, semalam.

Pada masa sama, Kin yang juga pengasas AFSM berkata sebagai institusi pembelajar­an bukanberas­askankeunt­ungan, AFSM turut mensubsidi­kan bayaran penyertaan selaras dengan dedikasiny­a untuk menjadikan persidanga­n berkenaan bertaraf dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www. afsm2018. com atau hubungi 016-679 5367 atau 03-4252 9100 atau e-mel afsmexecut­ive@gmail.com.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Kin (baris tengah, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan sukarelawa­n AFSM Tripartite Conference 2018 menunjukka­n simbol ‘senyap’ semasa bergambar selepas sidang media di BCCK, semalam.
SERTAI KAMI: Kin (baris tengah, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur dan sukarelawa­n AFSM Tripartite Conference 2018 menunjukka­n simbol ‘senyap’ semasa bergambar selepas sidang media di BCCK, semalam.
 ??  ?? MEMBANTU: Ahli Panel Penasihat Luaran SADIA-Apan yang dilantik (dari kiri) Danggat, Jennifer dan Bromeley.
MEMBANTU: Ahli Panel Penasihat Luaran SADIA-Apan yang dilantik (dari kiri) Danggat, Jennifer dan Bromeley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia