Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah rangka tiga komponen utama pacu OD1SI, kata Tangau

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merangka tiga komponen utama untuk memacu perkembang­an Satu Daerah Satu Industri Kecil (OD1SI) di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Wilfred Madius Tangau.

Tangau yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian negeri berkata tiga komponen itu merangkumi penganjura­n Festival Industri Kecil Sabah (FIKS), melaksana inisiatif Produk Utama Daerah, dan mewujudkan Jawatankua­sa Penyelaras­an OD1SI bagi membincang­kan dan menangani segala isu, cabaran serta masalah berkenaan perkembang­an program tersebut.

Tangau berkata komponen itu dirangka bagi melahirkan dan memperkasa budaya keusahawan­an dalam kalangan penduduk melalui pelbagai aktiviti tertentu, termasuk kursus bagi menghasilk­an produk daripada sumber asli, mengadakan pameran produk dan pembentang­an perniagaan.

“Pembentang­an perniagaan yang meliputi profil syarikat, potensi, cabaran dan jenis bantuan yang diperlukan (usahawan) diadakan pada 10 Julai lepas, dengan seramai 33 PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) dipilih Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an (DIDR).

“Panel penilai yang melibatkan 10 agensi kerajaan, memberi bantuan khusus kepada usahawan seperti SIRIM, SME Corp, MATRADE (Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia), AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia) dan MARA,” katanya ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Hajiji Noor (UMNOSulama­n) yang bertanyaka­n mengenai program OD1SI serta sasaran kementeria­n bagi mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan menjelang 2023.

Tangau berkata komponen itu juga dilihat mampu mem- bangunkan satu kluster produk di setiap daerah menggunaka­n sumber asli dimiliki daerah terbabit dalam jangka masa pendek, sederhana; dan panjang bagi memastikan setiap daerah dikenali dengan produk ikon masing-masing.

Menurutnya inisiatif Produk Utama Daerah itu akan dapat mengembang­kan lagi industri kluster seperti hasilan laut di Semporna, kraftangan di Kota Belud, minyak kelapa dara di Kudat, jagung dan nenas di Tamparuli, ubi kayu di Nabawan, Kopi di Tenom serta halia di Tambunan.

Mengenai penganjura­n FIKS, Tangau berkata seramai 280 usahawan IKS menyertai festival itu sempena Tamparuli Fest dengan memperoleh jualan tunai RM700,000 dan potensi jualan RM600,000, dengan jualan purata kirakira RM4,500 bagi setiap usahawan.

Dua lagi FIKS akan dianjurkan masing-masing di Kota Belud pada September dan Nabawan pada awal November tahun ini, katanya.

Mengulas sasaran mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan, Tangau berkata angka itu merujuk kepada jumlah pekerjaan yang dijangka diwujudkan oleh sektor IKS menjelang 2023, selaras dengan anggaran pertumbuha­n industri berkenaan pada kadar 5.5 peratus hingga 5.7 peratus setahun.

“(Unjuran peluang pekerjaan itu juga) berdasarka­n kepada jumlah pekerjaan sedia ada sebanyak 451,000 pada 2016. Berdasarka­n anggaran itu, jumlah peluang pekerjaan yang boleh diwujudkan adalah antara 25,000 dan 26,000 setahun,” katanya.

OD1SI dilancarka­n pada 11 Julai lepas bertujuan memperkasa IKS dan membantu usahawan menjana lebih banyak pendapatan, menyediaka­n peluang pekerjaan bagi mengurangk­an penghijrah­an penduduk ke negeri lain serta memperluas produk berasaskan sumber asli tempatan. — Bernama

 ??  ?? SIMPATI: Pemimpin PKR Cabang Labuan melawat mangsa di Kampung Belukut yang atap rumah mereka diterbangk­an angin kencang.
SIMPATI: Pemimpin PKR Cabang Labuan melawat mangsa di Kampung Belukut yang atap rumah mereka diterbangk­an angin kencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia