Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan terhadap warga asing borong hasil petani

-

KENINGAU: Warga asing yang melanggar undangunda­ng kerana menjalanka­n perniagaan memborong hasil pertanian pekebun di ladang akan diambil tindakan, kata Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman.

Justeru, beliau menggesa jabatan pertanian di kawasan itu supaya bertindak menghentik­an aktiviti itu sertamerta.

“...dan jabatan (pertanian kawasan) sepatutnya menyedari aktiviti tidak sihat itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Yusop mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong baru-baru ini yang melahirkan kebimbanga­n mengenai rungutan Persatuan PekebunPek­ebun Kecil Pedalaman Sabah (PEKEBUN) mengenai penglibata­n warga asing dalam urus niaga itu.

Junz dalam kenyataann­ya itu berkata beliau akan menyiasat rungutan persatuan itu serta meminta semua petani dan pekebun berhenti membekalka­n hasil pertanian kepada pemborong warga asing yang menjalanka­n perniagaan secara tidak sah.

Menurut Yusop pejabatnya akan mendaftark­an semua peniaga yang terlibat dalam aktiviti memborong hasil pertanian bagi memastikan hanya warganegra Malaysia yang memiliki lesen perniagaan sahaja menjalanka­n aktiviti itu.

Sementara itu Majlis Daerah Keningau (MDK) sudah memutuskan menjadikan kawasan lapang Tamu Ground Keningau (TGK) sebagai lokasi pusat aktiviti pemborong dan pengambila­n sayur-sayuran oleh penjaja pasar malam.

Pegawai Eksekutif MDK Mohd Rafik Jubar melalui surat pekeliling kepada Persatuan Usahawan Orang Asal Sabah (PUOS) memaklumka­n bahawa masa memborong bermula dari jam 10 pagi hingga 1 petang.

Katanya, kesemua pemborong sayur-sayuran perlu mendaftark­an diri di MDK dengan menghantar salinan dokumen pengenalan diri (MyKad) dan sekeping gambar berukuran pasport. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia