Utusan Borneo (Sarawak)

Sekurang-kurangnya 200 lagi penerbanga­n bawa pelancong ke Sabah

-

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 200 lagi penerbanga­n sewa dan tambahan antarabang­sa, mulai sekarang hingga Mac 2019, akan membawa pelancong dari China, Korea Selatan dan Jepun ke Sabah, kata Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew.

Beliau berkata, penerbanga­n sewa akan bermula dari bandar peringkat kedua di China seperti Zhengzhou, Wenzhou, Nanning, Tianjin, Yi Wu dan Xiayang serta sekurangku­rangnya 76 penerbanga­n dijangkaka­n dari Korea Selatan, termasuk dari Pulau Jeju, yang akan menjadi penerbanga­n sewa secara terus pertama ke Kota Kinabalu.

“Sabah menerima 152 penerbanga­n sewa atau tambahan 20,000 pelancong pada separuh pertama 2018 dari China dan Jepun.

“Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu menerima kira-kira 196 penerbanga­n dari 21 bandar antarabang­sa seminggu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, semalam.

Liew berkata, tahun lepas Sabah menerima 215 penerbanga­n sewa dari China, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Thailand.

Selain itu, beliau berkata penerbanga­n langsung tiga kali seminggu dari Bangkok ke Kota Kinabalu akan bermula pada15 Ogos, 2018 dan penerbanga­n harian sebanyak dua kali dari Shenzen dan Macau dijangkaka­n bermula pada November.

Beliau berkata secara keseluruha­n, bagi tahun ini sebanyak 1.89 juta pelancong tiba di Sabah setakat Jun, meningkat 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Kami berada di landasan untuk mencapai sasaran 3.85 juta ketibaan pelancong menjelang akhir tahun ini dan ia akan merancakka­n ekonomi Sabah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia