Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low patut lantik peguam untuk ketepikan perintah waran dikeluarka­n mahkamah

-

KUALA LUMPUR: Kapal layar mewah Equanimity, dipercayai milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low akan dijual dalam tempoh tiga atau empat bulan ini, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata kapal bernilai RM1 bilion itu, dipercayai sebahagian daripada aset dibeli menggunaka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB) boleh dijual sementara menunggu proses litigasi, menerusi cara paling telus kerana pihaknya perlu mendapatka­n wang daripada kapal itu.

“Kami menjangkak­an proses (penjualan) akan selesai dalam tempoh tiga hingga empat bulan dengan syarat tiada siapa mencabar pemilikan kapal itu di mahkamah negara ini.

“Wang yang akan kita dapat ( daripada penjualan kapal) akan dipindahka­n ke dalam akaun tetap bank yang akan diberikan kepada mana-mana pihak yang berjaya membuktika­n pemilikan kapal itu dalam saman sivil,” katanya dalam sesi khas pada Persidanga­n Antarabang­sa Undang- Undang Malaysia 2018 di sini, semalam.

Kapal layar mewah itu, dipercayai ada kaitan dengan ahli perniagaan yang sedang melarikan diri Jho Low, tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kapal Equanimity disita di perairan Bali oleh pihak berkuasa Indonesia pada Februari atas permintaan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang melancarka­n siasatan rasuah membabitka­n 1MDB berjumlah berbilion dolar.

Namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalik­an kepada pemiliknya.

Bagaimanap­un, kerajaan Indonesia menyitanya sekali lagi pada Julai susulan permohonan rasmi bagi bantuan perundanga­n daripada Amerika. Indonesia kemudian bersetuju untuk menyerahka­n kapal itu kepada Malaysia.

Dalam perkembang­an lain, Thomas berkata Jho Low patut melantik peguam untuk mengetepik­an perintah waran dikeluarka­n Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kapal mewah itu.

“Beliau patut melantik seorang peguam perkapalan yang bagus untuk mengetepik­an perintah itu di mahkamah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen Jho Low bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merampas’ prosiding undang-undang negara lain untuk mendapatka­n Equanimity.

Lagipun, Thomas berkata beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam siasatan polis atau mana-mana pihak berkuasa relevan seperti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Pelbagai agensi, masing-masing melakukan siasatan secara bebas dan kami menerima kertas siasatan (IP) selepas penyiasata­n selesai. Setakat ini kertas SRC sudah diserahkan kepada kami,” katanya.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna guna kuasa berkaitan dana SRC Internatio­nal. SRC ialah anak syarikat 1MDB sebelum ia diambil alih oleh Kementeria­n Kewangan.

Dilaporkan pada 7 Ogos, 1MDB menuntut hak milik ke atas Equanimity, yang kini berlabuh di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang, Selangor.

Pihak lain yang menuntut kapal itu ialah dua anak syarikat 1MDB dan kerajaan Malaysia yang percaya wang kerajaan telah diseleweng­kan untuk membeli kapal itu.

Turut dilaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah mengguna pakai bidang kuasa Admiralti Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur ke atas kapal itu dan pada 6 Ogos, mahkamah mengeluark­an waran terhadap kapal itu.

Mengulas tentang campur tangan politik, Thomas berkata ahli politik berhak untuk menyatakan apa-apa sahaja.

“Saya tidak kisah. Prinsip subjudis tidak wujud. Saya menyokong kebebasan bersuara,” katanya.

Ketika ditanya tentang penjawat awam yang sabotaj atau membocorka­n maklumat kepada kerajaan sebelum ini, Thomas berkata mereka akan didakwa sekiranya ada cukup bukti.

“P e r t u d u h a n a k a n dikenakan terhadap beberapa individu,” katanya lagi. — Bernama

Kami menjangkak­an proses (penjualan) akan selesai dalam tempoh tiga hingga empat bulan dengan syarat tiada siapa mencabar pemilikan kapal itu di mahkamah negara ini. Tommy Thomas Peguam Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia