Utusan Borneo (Sarawak)

Kes BERSATU terhadap ROS berhubung pembubaran parti selesai

-

KUALA LUMPUR: Permohonan semakan kehakiman difailkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung pembubaran sementara pendaftara­n parti itu, selesai selepas kedua- dua pihak mencapai penyelesai­an dalam kes itu.

Perkara itu dimaklumka­n peguam Rosli Dahlan, yang mewakili BERSATU kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizah Nawawi yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutua­n Shamsul Bolhassan, mewakili bekas Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim selaku responden tunggal dalam permohonan tersebut.

Rosli berkata kedua-dua pihak telah mencapai penyelesai­an penuh dan muktamad berdasarka­n beberapa terma antaranya responden mengaku menerima dan mengesahka­n bahawa BERSATU mematuhi notis mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 28 Feb lepas, dan mengemukak­an dokumen serta maklumat yang diperlukan kepada responden melalui tiga pucuk surat bertarikh 27 Mac, 29 Mac dan 30 Mac lepas.

“Responden juga mengesahka­n bahawa BERSATU adalah sebuah parti politik berdaftar sah dan sejak pe- nubuhannya pada 8 September 2016, tidak pernah mengingkar­i perintah dan arahan responden dan sentiasa menjalanka­n aktiviti-aktivitiny­a dengan patuh kepada perlembaga­an dan peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

“Responden juga mengesahka­n telah membatalka­n perintah sementara pembubaran parti itu bertarikh 5 April melalui notis bertarikh 16 Mei lepas,” kata peguam itu.

Rosli berkata mahkamah kemudianny­a merekodkan penghakima­n persetujua­n tanpa sebarang kos. Semalam, sepatutnya ditetapkan untuk mendengar permohonan semakan kehakiman itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia