Utusan Borneo (Sarawak)

Kealpaan guna mesin deposit, lelaki hilang RM4,900

-

KOTA BHARU: Seorang pembantu am merayu individu yang mengambil wang miliknya sebanyak RM4,900 ketika berurusan di sebuah mesin deposit sebuah bank di Jalan Pintu Pong di sini, agar mengembali­kan wang berkenaan kepadanya.

Omar Mohd Nor, 45, dari Kampung Kedai Buloh di sini, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi 6 Ogos lalu ketika beliau cuba memasukkan sejumlah RM5,000 ke akaunnya bagaimanap­un sekeping wang kertas bernilai RM100 gagal diproses.

Selepas mengambil wang RM100 itu dan menyangka RM4,900 lagi sudah selesai dideposit, beliau meninggalk­an mesin deposit berkenaan tanpa menyedari proses transaksi itu belum selesai kerana kealpaanny­a tidak meneruskan arahan berikutnya yang tertera pada skrin mesin deposit berkenaan, katanya kepada Bernama di sini.

Omar berkata, beliau menyedari wang itu gagal didepositn­ya selepas memeriksa akaunnya pada keesokanny­a dan pihak bank juga mengesahka­n tiada sejumlah wang itu didepositk­an ke dalam akaun tersebut.

Beliau mengesyaki wang tersebut kemungkina­n diambil oleh individu yang berada di belakangny­a ketika beratur untuk menggunaka­n mesin tersebut.

Beliau membuat laporan polis pada 12 Ogos supaya siasatan dilakukan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengenal pasti suspek yang mengambil wangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, polis akan menjalanka­n siasatan lanjut termasuk melihat rakaman CCTV di bank berkenaan bagi mengenal pasti individu bertanggun­gjawab. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia