Utusan Borneo (Sarawak)

Tipu warga asing sertai program ‘Rehiring’ dengan bayaran RM8,000

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaska­n sindiket ‘Abang Is’ yang menipu warga asing hingga mencecah RM2 juta dengan mendakwa boleh mendapatka­n pekerjaan untuk mereka walaupun program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau ‘Rehiring’ tamat pada 30 Jun lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, usaha mengesan sindiket yang menggunaka­n syarikat ejen pelanconga­n untuk aktiviti penipuan itu digerakkan susulan laporan polis yang dibuat oleh 50 warga Bangladesh.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan kepada warga asing yang berada di negara ini untuk menyertai program Rehiring yang mereka uruskan dengan bayaran RM8,000 seorang, selain bayaran RM200 sebulan sebagai wang perlindung­an.

“Syarikat tersebut mengiklank­an khidmatnya berdasarka­n ‘kawan atas kawan’,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Mustafar berkata, pada Ahad lepas (12 Ogos), JIM menyerbu sebuah premis di Bandar Puteri Bangi dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 63 tahun serta tiga lelaki warga Bangladesh yang disyaki mangsa penipuan tetapi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 222 pasport Bangladesh, tujuh pasport Indonesia, dua pasport India dan satu pasport Pakistan bersama

Turut dirampas ialah dua buah kenderaan yang disyaki digunakan suspek iaitu Honda Accord 2.4 VTI-L berwarna hitam dan sebuah kenderaan Toyota ViosG dan disyaki dibeli menggunaka­n duit hasil penipuan. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Imigresen

pelbagai dokumen dan buku resit pembayaran transaksi.

Kelmarin katanya, JIM melakukan serbuan ke sebuah premis di Nilai, Negeri Sembilan dan dua dalang sindiket berkenaan ditahan iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun yang digelar Abang Is dalam kalangan pekerja asing serta seorang lelaki warga India.

“Sebanyak 38 dokumen perjalanan antarabang­sa dirampas dalam serbuan itu iaitu 26 pasport Bangladesh, 10 pasport India dan dua pasport Indonesia.

“Turut dirampas ialah dua buah kenderaan yang disyaki digunakan suspek iaitu Honda Accord 2.4 VTI-L berwarna hitam dan sebuah kenderaan Toyota Vios-G dan disyaki dibeli menggunaka­n duit hasil penipuan,” katanya.

Mustafar berkata, suspek utama iaitu Abang Is ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pasport sementara suspek warga India itu pula ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Imigresen Shah Alam untuk siasatan lanjut, katanya.

“Orang ramai diingatkan bahawa selepas program Rehiring tamat, tidak ada kaedah lain untuk menggaji warga asing selain datang sendiri ke JIM,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL RAMPASAN: Mustafar (dua kiri) menunjukka­n dokumen yang dirampas selepas sidang media mengenai serbuan keatas Syarikat Daftar Program Rehiring Palsu di Jabatan Imigresen dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama HASIL RAMPASAN: Mustafar (dua kiri) menunjukka­n dokumen yang dirampas selepas sidang media mengenai serbuan keatas Syarikat Daftar Program Rehiring Palsu di Jabatan Imigresen dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia