Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga terperdaya dengan cabutan bertuah tanggung kerugian RM9,100

-

KUANTAN: Seorang peniaga wanita kerugian RM9,100 selepas terpedaya dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan oleh seorang wanita di sebuah pasar raya Kuala Lipis pada 27 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 55, sebelum itu didatangi wanita berkenaan yang menawarkan cabutan bertuah ketika berada di pasar raya itu.

“Selepas membuat cabutan, mangsa didakwa memenangi hadiah wang tunai dan dibawa ke sebuah hotel untuk berjumpa dengan suspek kedua, yang juga seorang wanita, kemudianny­a membuat tawaran kedua dengan menyuruh mangsa mangsa membayar RM3,000 bagi membolehka­nnya membawa pulang wang sebanyak RM9,000 itu.

“Mangsasete­rusnyamemb­uat bayaran pendahulua­n RM500 dan beberapa hari kemudian, dia telah dihubungi oleh suspek bagi memilih hadiah sama ada mengambil wang tunai atau sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu, telah melakukan lima transaksi wang ke dalam akaun yang diberikan dengan jumlah keseluruha­n RM9,100.

Mangsa mula menyedari ditipu selepas suspek meminta memasukkan RM5,000 lagi sebagai bayaran cukai yang dikenakan sebelum membuat laporan polis di di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia