Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas vokalis kumpulan Panji meninggal dunia

-

KUANTAN: Bekas vokalis kumpulan Panji Mohd Rafi Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, awal pagi semalam.

Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, menghembus­kan nafas terakhir di sisi isterinya Suhailiza Ahmad, 42, pada jam 4.10 pagi semalam selepas menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk Hepatitis C.

Perkara itu disahkan adik bongsu arwah, Siti Marina Ibrahim, 38, yang memaklumka­n jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau, Dungun, tengah hari semalam.

“Arwah abang menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu namun tahap kesihatan abang selepas itu yang merupakan anak keempat daripada lapan beradik kembali merosot sejak enam bulan lalu selepas disahkan menghidap penyakit hati (Hepatitis C),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Opie sebelum ini dikejarkan ke ke HTAA 4 Ogos lepas selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Indera Sempurna, di sini, sebelum dirawat di hospital itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘ Kasih Yang Tidak Pasti’ meninggalk­an seorang balu dan enam orang anak. — Bernama KUALA KANGSAR: Tiga beranak antara 47 penagih yang ditahan dalam Ops Perdana dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Kangsar di beberapa lokasi sekitar daerah itu dari 6 hingga 8 Ogos lepas.

Ketua Pegawai AADK Daerah berkenaan, Naemah Baharuddin berkata, pasangan suami isteri berumur 40-an serta anak lelaki mereka berusia lingkungan 20-an ditahan dalam serbuan pada Isnin lepas, dan kesemuanya didapati positif dadah jenis opiat.

“Operasi dengan kerjasama AADK Perak dan polis mendapati semua yang ditahan berumur antara 15 dan 60 tahun positif pelbagai jenis da- dah antaranya methamphet­amine, morfin, dan ganja.

“Ketika serbuan, pihak kami tidak menjumpai atau merampas sebarang jenis dadah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Naemah berkata operasi itu melibatkan kekuatan 40 anggota AADK dengan kerjasama polis bertujuan menggempur ‘port’ dadah di kawasan seperti Sauk, Manong dan pekan Kuala Kangsar.

“Seorang anggota AADK cedera ringan ketika mengejar suspek yang cuba meloloskan diri,” katanya sambil menambah kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penyalahgu­naan Dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia