Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek seorang penyayang, tak sangka boleh bunuh anak

-

SERDANG: “Dia seorang bapa penyayang tetapi pengaruh dadah menyebabka­nnya tergamak membunuh anak sendiri,” kata anggota keluarga kanak-kanak yang ditetak mati oleh bapanya sendiri di Flat Puchong Permai, Subang Jaya, kelmarin.

Sepupu kepada bapa kanakkanak itu, Zaidi Said, 46, berkata, beliau masih sukar mempercaya­i kejadian yang menimpa keluargany­a itu dan beliau tidak menyangka sepupunya boleh bertindak sekejam itu terhadap anak sendiri kerana dia sayangkan anaknya itu, kata Zaidi ketika ditemui Bernama semalam.

“Dia seorang yang baik dan sebelum ini ibu saudaranya ada memberi cadangan untuk menjagaana­knyanamund­iamenolak atas alasan masih mampu menjaga anaknya,” kata beliau.

Dalam kejadian pada kirakira jam 4.40 petang itu, bapa berusia 35 tahun itu dikatakan telah menetak tiga kali kepala dan pergelanga­n tangan kanan anaknya berusia lima tahun, yang sedang tidur.

Lelaki itu ditahan polis di flat yang sama dan siasatan mendapati dia positif dadah jenis syabu (Methamphet­amine), selain dilaporkan ketagih air ketum dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Bagaimanap­un, usaha Bernama untuk mendekati ibu mangsa, 24, gagal kerana masih bersedih dan belum bersedia untuk ditemu bual.

Ibu mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat belah-belah di Puchong.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, proses bedah siasat kanak-kanak itu di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang selesai kirakira jam 1.30 petang semalam dan jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Kampung Kroh, Karak, Pahang petang semalam.

Beliau juga berkata, lelaki itu akan direman selama tujuh hari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia