Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa bebas selaras dasar, urus pekerja asing

-

KUALA LUMPUR: Satu jawatankua­sa bebas bagi menyelaras secara menyeluruh dasar dan mengurus pekerja asing akan ditubuhkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata jawatankua­sa itu akan dipengerus­ikan oleh pegawai tertinggi kerajaan, bekas hakim atau ketua setiausaha dan akan melantik Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh sebagai urus setia.

“Isu pekerja asing become a very big problem for us (menjadi masalah besar kepada kita), terlalu ramai yang masuk dan ramai juga yang masuk tanpa izin, jadi kita perlu satu jawatankua­sa bagi mengurus mereka (pekerja asing) ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Turut hadir timbalanny­a Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran.

Sementara itu, pada mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri berkataker­ajaanberse­tujuuntuk berbincang dengan kerajaan Bangladesh­untukmembu­kapeluang kepada semua ejen rekrutmen yang berkredibi­liti untuk proses pengambila­n pekerja dari negara berkenaan.

Dr Mahathir berkata setakat ini, terdapat 10 ejen rekrutmen dibenarkan bagi menguruska­n kemasukan pekerja asing dari negara berkenaan dan ia menimbulka­n masalah monopoli dan pengenaan caj yang tinggi.

“Jadi kita nak perluaskan kepada semua ejen supaya ada competitio­n (saingan) antara mereka,” katanya.

Selain itu Perdana Menteri berkata, satu sistem tunggal pengambila­n pekerja tanpa pengasinga­n mengikut negara juga bakal diwujudkan.

Beliau bagaimanap­un tidak mendedahka­n butiran lanjut mengenai sistem berkenaan. — Bernama

 ??  ?? DR MAHATHIR
DR MAHATHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia