Utusan Borneo (Sarawak)

Pemastauti­n tetap berusia 60 tahun ke atas akan terus diberi kad biru

-

KUALA LUMPUR: Pemegang kad pengenalan merah dan berstatus pemastauti­n tetap berusia 60 tahun ke atas akan diberi taraf warganegar­a, sekali gus diberi kad pengenalan biru, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini termasuk 3,407 individu berketurun­an India yang memegang kad pengenalan merah berusia 60 tahun ke atas yang akan diiktiraf sebagai warganegar­a Malaysia.

“Saya mahu umumkan keputusan yang dibuat semalam ( kelmarin) selepas perjumpaan dengan rombongan wakil masyarakat India.

“Kami berbincang manifesto janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesai­kan masalah kewarganeg­araan kaum India yang memegang kad pengenalan merah iaitu seramai 3,407 orang, mereka ini semua berusia 60 tahun ke atas.

Mana-mana dalam kalangan 60 tahun ke atas kita terus bagi kad biru,” katanya.

Dr Mahathir berkata bagi mereka yang berusia bawah 60 tahun, taraf warganegar­a akan diberi tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lahir di Malaysia dan seorang daripada ibu bapa adalah warganegar­a Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas mengenai Senario dan Pengurusan Pekerja Asing di Malaysia di Bangunan Parlimen semalam yang turut dihadiri timbalanny­a Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

Dr Mahathir berkata, terdapat beberapa lagi syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon taraf kewarganeg­araan iaitu mereka perlu

Kami berbincang manifesto janji Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesai­kan masalah kewarganeg­araan kaum India yang memegang kad pengenalan merah iaitu seramai 3,407 orang, mereka ini semua berusia 60 tahun

atas. ” ke Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

berada di Malaysia dalam tempoh 10 tahun terakhir dari 12 tahun mereka berada di negara ini dan boleh berbahasa Melayu.

“Untuk kelulusan dalam bahasa Melayu, itu ‘simple’ sahaja kita buat. Jadi kalau mereka lulus kita boleh berikan kewarganeg­araan,” katanya sambil menyatakan proses untuk mengeluark­an kad pengenalan biru itu mungkin mengambil sedikit masa.

Menyelesai­kan isu kaum India yang tidak mendapat taraf kewarganeg­araan dalam masa 100 hari terkandung dalam manifesto PH jika berjaya mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mei lepas.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia