Utusan Borneo (Sarawak)

KKM belum bincang sama ada tindakan akan dikenakan terhadap Dr Nur Ilyani

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Kesihatan (KKM) belum mengadakan perbincang­an sama ada tindakan akan dikenakan atau tidak terhadap seorang pegawai perubatan yang menulis surat terbuka berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT).

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas seperti biasa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, ada menyatakan bahawa kenyataann­ya berkaitan LGBT adalah pandangan peribadiny­a.

“Perkara ini saya akan ambil perhatian dan tidak dapat buat apa- apa lagi tentang perkara itu kerana belum ada apa-apa perbincang­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, semalam.

Baru-baru ini, surat terbuka yang ditulis Dr Nur Ilyani kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berkaitan isu LGBT yang disiarkan di laman sosial Facebook miliknya menjadi tular dalam media sosial.

Susulan surat terbuka itu, beliau dikatakan telah diadukan kepada Biro Pengaduan Awam oleh satu kumpulan yang menggesa pegawai perubatan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak majikan iaitu KKM.

Dalam perkembang­an lain, Dzulkefly berkata, KKM akan mengembang­kan penawaran perkhidmat­an Perubatan Tradisiona­l dan Komplement­ari (PTK) ke peringkat penjagaan kesihatan primer berikutan penerimaan positif dan tinggi daripada orang ramai.

Beliau berkata perkhidmat­an PTK itu kini terdapat di 15 hospital kerajaan dan menawarkan enam modaliti iaitu urut tradisiona­l, akupunktur, shirodhara, terapi basti luaran, terapi varman dan rawatan herba sebagai rawatan sampingan kepada pesakit kanser.

“Setiap perkhidmat­an PTK yang ditawarkan adalah berpanduka­n garis panduan amalan yang dibangunka­n oleh Kementeria­n Kesihatan di mana indikasi perkhidmat­an, regim, prosedur kerja perkhidmat­an dan sistem rujukan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­n sentiasa berusaha untuk memastikan amalan PTK yang selamat dan berkualiti diberikan kepada rakyat Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Dzulkefly (duakiri) berkata sesuatu kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor, Datuk Dr Asma Ismail (tiga kanan) ketika hadir merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, semalam. Hadir sama Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim (dua kanan).
— Gambar Bernama BINCANG: Dzulkefly (duakiri) berkata sesuatu kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor, Datuk Dr Asma Ismail (tiga kanan) ketika hadir merasmikan Seminar Perubatan Integratif di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, semalam. Hadir sama Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia