Utusan Borneo (Sarawak)

KPM tarik balik permit mengajar dua guru tadika dera murid

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial kelmarin.

KPM dalam kenyataan semalam berkata, langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperas­ian mengendali­kan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima,” katanya.

Kementeria­n itu berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahka­n Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan peng- operasian tadika semasa sesi pembelajar­an berlangsun­g.

KPM berkata, ia turut menyerahka­n kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit susulan laporan polis yang dibuat pada Sabtu lepas (11 Ogos) oleh pengurus tadika tersebut.

Menurut laporan media, dua guru yang berusia 21 dan 40 tahun itu telah ditahan polis Sabtu lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukka­n tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkan­nya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Sementara video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukka­n tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia