Utusan Borneo (Sarawak)

Sitaan kapal Equanimity ikut prosedur undang-undang

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menyangkal dakwaan bahawa tindakan menyita kapal Equanimity oleh kerajaan adalah tidak sah dan merampas prosiding negara lain.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Amerika Syarikat telah menyatakan persetujua­n supaya kerajaan Indonesia menyerahka­n kapal itu kepada Malaysia sebaik sahaja kapal layar itu tiba di negara ini.

“Tindakan penahanan kapal Equanimity dilaksanak­an mengikut prosedur undangunda­ng Malaysia dan dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

“Atas permohonan kerajaan Malaysia, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluark­an waran penahanan atau waran tangkap terhadap kapal Equanimity yang dilaksanak­an apabila kapal itu sampai di Pelabuhan Klang pada 7 Ogos, 2018,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BNPengeran­g) pada sesi Waktu Pertanyaan- Pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Azalina sebelum itu meminta kerajaan menyatakan sejauh mana kebenaran dakwaan peguam kepada ahli perniagaan kontrovers­i Low Taek Jho atau Jho Low bahawa tindakan sita terhadap kapal Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tindakan tidak sah dan dikatakan merampas prosiding negara lain.

Liew berkata pada masa ini kerajaan masih menunggu kepulangan Jho Low untuk menuntut kapal yang dikatakan dibeli menggunaka­n dana penyelewen­gan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Sebuah portal berita pada Ahad melaporkan bahawa Jho Low menyatakan tindakan kerajaan menyita kapal layar Equanimity sebagai tidak sah.

Menurut laporan itu, Jho Low menerusi peguamnya menuduh bahawa tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai ‘merampas’ prosiding undang-undang negara lain selain menyelar kenyataan kerajaan yang mahu menjualnya secepat mungkin bagi mengelak penyusutan nilai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia