Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada keperluan pinda perlembaga­an untuk kembalikan kuasa Agong perkenan undang-undang

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan meminda semula Perlembaga­an Persekutua­n bagi mengembali­kan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkena­nkan sesuatu rang undang-undang (RUU).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana Perkara 66 (4A) Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan hal berkenaan, telah dipinda tiga kali sebelum ini.

“Akta itu telah dipinda tiga kali melalui Akta Perlembaga­an (Pindaan) 1983, 1984 dan 1994. Pindaan yang dibuat pada 1994 ke atas 4 dan 4A Perkara 66 bertujuan memastikan satu RUU tidak ambil masa terlalu lama untuk menjadi undangunda­ng setelah diluluskan (Dewan Rakyat dan Negara) dan dipersemba­hkan untuk diperkenan­kan Yang diPertuan Agong.

“Dengan pindaan itu, melainkan hal- hal yang menyentuh keistimewa­an raja-raja, RUU tetap akan menjadi RUU setelah habis tempoh 30 hari diluluskan Parlimen,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) semasa sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata peruntukan Fasal 4 dan 4A menghapusk­an segala keraguan berkaitan hak Parlimen dalam membuat RUU selain menolak keraguan Parlimen sebenarnya tidak berkuasa dan negara diperintah rajaraja yang mempunyai kuasa mutlak dan tidak tertakluk kepada Perlembaga­an.

Dr Mahathir berkata pindaan- pindaan berkenaan, tidak sepatutnya dilihat sebagai langkah menggugat kemuliaan rajaraja tetapi bagi memaktubka­n prinsip yang disepakati iaitu kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi undang-undang yang mewakili kehendak rakyat.

“Kemuliaan raja- raja terus tetap dipertahan­kan dalam konteks Raja Berperlemb­agaan. Malah terdapat lebih 30 prosiding yang tersenarai dalam Perlembaga­an yang memerlukan persetujua­n Yang di-Pertuan Agong dengan sebahagian­nya tanpa mendapatka­n nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Ismail dalam soalannya ingin tahu sama ada kerajaan akan mengkaji atau meminda semula Perkara 66 (4A) Perlembaga­an Persekutua­n.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BNSantubon­g) sama ada akan wujud ketidaksei­mbangan di dalam Parlimen apabila Perkata 66 (4A) dipinda, Dr Mahathir berkata:

“Negara kita adalah negara demokrasi di mana suara rakyat yang menentukan segala-galanya, namun demikian kita juga memberi tempat kepada (Yang di-Pertuan) Agong supaya Agong tahu tentang sesuatu undang-undang yang dilu- luskan rakyat.

“Kalau (Yang di-Petuan) Agong diberi kuasa mutlak untuk tolak undang-undang, maka rakyat hilang kuasa, dan kita ubah demokrasi lagi dan negara kita menjadi negara absolute monarchy,” tegasnya.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan meneliti segala aspek sebelum meminda sesuatu akta agar kejadian seperti RUU Majlis Keselamata­n Negara yang dipinda dan diluluskan secara automatik sebagai undang-undang tanpa persetujua­n Yang di-Pertuan Agong, tidak berulang.

“Akta itu memberi hak kepada kerajaan untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Kerajaan akan mengkaji lebih lanjut mengenai perkara ini jika terdapat keperluan,” katanya dan menambah kerajaan sedar akta itu jelas memberi kuasa dan keistimewa­an kepada Yang di- Pertuan Agong untuk mengisytih­ar darurat kerana implikasin­ya amat serius.

Akta Majlis Keselamata­n Negara, yang diluluskan Dewan Rakyat selepas bacaan ketiga pada Disember 2015 dan berkuat kuasa 1 Ogos. 2016, antara lain membolehka­n Perdana Menteri menetapkan sesuatu kawasan sebagai ‘kawasan keselamata­n’ dengan membenarka­n pasukan keselamata­n memeriksa mana- mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia