Utusan Borneo (Sarawak)

Kedah bimbang kutipan hasil negeri belum capai 50 peratus Jumlah yang dikutip hanya 36.79 peratus setakat 30 Jun lepas: MB

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri bimbang dengan prestasi kutipan hasil negeri ini, yang masih belum mencapai tahap 50 peratus, walaupun sudah berada di pertengaha­n tahun, persidanga­n Dewan Undangan Negeri diberitahu semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, setakat 30 Jun lepas, kutipan hasil yang direkodkan kerajaan negeri hanyalah RM286.7 juta atau 36.79 peratus berbanding jumlah yang dianggarka­n ketika pembentang­an Bajet 2018 iaitu sebanyak RM799.5 juta.

“Ini satu prestasi yang membimbang­kan, kita akan cari kaedah yang boleh tingkatkan lagi jumlah pendapatan sehingga akhir tahun ini,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (BN-Guar Chempedak) yang mahu tahu jumlah hasil negeri setakat ini.

Mukhriz berkata, sehingga April lepas, baki wang tunai kerajaan negeri hanyalah RM41.8 juta, simpanan tetap (RM122.3 juta) dan jumlah nilai pasaran saham berjumlah RM81 juta.

Mukhriz turut bersetuju dan menyokong titah ucapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah mengenai isu peruntukan kepada kerajaan negeri berdasarka­n bantuan per kapita yang sudah tidak sesuai lagi buat masa ini.

Beliau berkata, ini kerana ekonomi Kedah yang tidak sehebat Pulau Pinang, Johor dan Selangor, ramai rakyat negeri ini yang terpaksa berhijrah ke negeri- negeri yang lebih maju disebabkan peluang pekerjaan yang kurang di tempat sendiri.

“Maka atas sebab itu saya sokong titah ucapan Sultan Kedah untuk kerajaan persekutua­n timbangkan semula ( bantuan per kapita) dan beri perhatian sewajarnya kepada negeri yang agak terkebelak­ang dalam soal pendapatan ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Phahrolraz­i Zawawi (PH-Alor Mengkudu), Mukhriz berkata, kerajaan negeri berterima kasih atas sumbangan khas RM10 juta kepada Kedah yang diberikan kerajaan persekutua­n malah bercadang untuk memohon pampasan atas pengorbana­nnya memelihara hutan simpan berikutan kedudukan Kedah sebagai pengekspor­t bekalan air kepada Pulau Pinang.

“Kita faham Kedah adalah pengekspor­t air, jadi kita terpaksa mempertaha­nkan kawasan tadahan air dan sebab itu kita tidak boleh membangun seperti mana negeri lain dan kita harap satu pampasan dari kerajaan persekutua­n,” katanya.

Menteri Besar berkata pihaknya akan turut berunding dengan Kerajaan Persekutua­n mengenai hutang- hutang Kerajaan Negeri beberapa tahun lepas yang boleh di ‘ write off’ ( dihapus kira) agar bebanan hutang dapat diuruskan mengikut keupayaan Kedah. — Bernama

Ini satu prestasi yang membimbang­kan, kita akan cari kaedah yang boleh tingkatkan lagi jumlah pendapatan sehingga akhir tahun ini. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Menteri Besar Kedah

 ?? — Gambar Bernama ?? TERPILIH: Lim (tengah) bersama Wong (kanan) yang merupakan calon DAP untuk kerusi DUN Balakong selepas sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TERPILIH: Lim (tengah) bersama Wong (kanan) yang merupakan calon DAP untuk kerusi DUN Balakong selepas sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia