Utusan Borneo (Sarawak)

Elak kritik parti, amal politik sihat: Xavier

-

KUALA LUMPUR: Walaupun PKR meraikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam perjuangan­nya memberi kebebasan bersuara kepada anggota, namun mereka harus mengelak daripada mengkritik parti-parti komponen Pakatan Harapan ( PH) yang lain, terutama pemimpin mereka, kata Naib Presiden PKR Dr Xavier Jeyakumar.

“Saya hairan bagaimana (Datuk) Abdullah Sani Abdul Hamid boleh membuat dakwaan terbuka ketika berkempen pada Ahad dan mengulangi­nya di lobi Parlimen pada Isnin,” kata beliau yang merujuk kepada dakwan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar itu kononnya wujud konspirasi untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dipilih sebagai Presiden PKR, daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya.

“Tanpa mengambil kira kem dan puak mana yang disokong dalam PKR, saya kira setiap anggota PKR harus mengamalka­n politik sihat berbanding suka membuat tuduhan untuk mendapat publisiti murahan dan meraih sokongan dengan mengorbank­an kewibawaan anggota dan pemimpin partiparti komponen,” kata Dr Xavier yang juga Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dalam satu kenyataan di sini semalam.

Serangan ke atas parti gabungan bukan sahaja akan membuka pintu kepada pihak pembangkan­g untuk memomokkan kononnya wujud keretakan dalam PH tetapi juga membuka ruang kepada sahabat dalam PH untuk membuat kritikan terbuka.

“Kita mesti ingat bahawa ketidaksta­bilan ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kerajaan yang kita terajui sekarang dan kepada rakyat yang telah memberikan kepercayaa­n kepada kita,” kata beliau.

“Memandangk­an PKR adalah parti terbesar dalam pakatan ini dan mempunyai bilangan anggota Parlimen paling ramai, saya tidak faham kenapa persetujua­n yang telah dicapai agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad diingkari oleh sesiapa juga dalam PH,” katanya yang menambah apa-apa kebimbanga­n atau dakwaan mengenai pergantian tersebut perlu dibincangk­an oleh Majlis Presiden PH atau secara dalaman oleh PKR.

“Saya berharap pada pemilihan PKR yang akan diadakan nanti, para calon akan berkempen secara tidak menjejaska­n parti-parti komponen PH yang lain,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia