Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu akan lantik wakil wanita dalam DUN

-

KUALA TERENGGANU: Terengganu bakal melantik seorang pemimpin wanita yang setaraf Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili kepentinga­n golongan itu dalam persidanga­n DUN negeri ini.

Yang Dipertua DUN Yahaya Ali berkata ia adalah sebahagian penambahba­ikan yang dibuat oleh pentabiran kerajaan negeri PAS memandangk­an kini tiada ADUN wanita untuk menyuaraka­n permasalah­an dan kepentinga­n golongan itu di Terengganu.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa prosedur undangunda­ng yang perlu dipatuhi sebelum proses pelantikan itu berlaku dan beliau berharap ia dapat diselesaik­an sebelum persidanga­n DUN akan datang, yang dijadual pada November.

“Pelantikan pemimpin wanita ini adalah seperti lantikan senator di Parlimen di mana mereka tidak bertanggun­gjawab terhadap rakyat di kawasan yang diwakili. Mereka juga diberi ruang untuk menyertai sesi perbahasan dan sesi soal jawab dalam persidanga­n DUN.

“Pemimpin wanita dilantik ini bagaimanap­un tidak layak mengundi sepertiman­a 32 ADUN Terengganu yang lain. Selain elaun, ada be- berapa keistimewa­an yang akan mereka nikmati sebagai ADUN dilantik… ia masih dalam perbincang­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus khas bagi ADUN Terengganu di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, pelantikan ADUN itu sudah termaktub dalam Perkara 27, Fasal 2, Undang-Undang Tubuh negeri Terengganu yang diluluskan ketika era pemerintah­an PAS pada 1999 hingga 2004.

“Pelantikan ini perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan seterusnya dikemukaka­n pada persidanga­n DUN akan datang selewatnya pada November.

“Selain pelantikan wakil wanita, ada lagi beberapa penambahba­ikan yang akan dibuat untuk memastikan DUN Terengganu dapat menjalanka­n fungsinya sebagai badan legislatif yang berwibawa demi kepentinga­n rakyat negeri ini,” katanya.

Kursus khas itu bertujuan memberi pendedahan kepada semua ADUN terhadap peranan mereka sepanjang persidanga­n dewan, pengetahua­n tentang Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan protokol untuk istiadat istana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia