Utusan Borneo (Sarawak)

Parti politik tiada kelulusan bina bangunan atas tanah kerajaan

-

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri tidak akan memberi kelulusan kepada parti politik sama ada parti kerajaan atau pembangkan­g untuk membina, menduduki atau menggunaka­n bangunan kerajaan di atas tanah kerajaan.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata, ia adalah sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang mengatakan balai raya, dewan raya, kawasan lapang, tanah perkuburan dan lain-lain kawasan untuk kegunaan awam adalah diwartakan mengikut Seksyen 62 KTN.

“Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Pejabat Tanah Daerah telah menegaskan supaya premis kerajaan tidak disalah guna bagi tujuan politik seperti yang telah lama dipraktikk­an sebelum ini.

“Bagaimanap­un tidak dinafikan terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggunaka­n manfaat kebenaran kerajaan ini bagi tujuan politik. Kalau ada premis yang masih digunakan untuk tujuan politik, kelulusan asal yang diberikan kepada NGO itu wajar ditarik balik,” katanya pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Chen Kah Eng (DAP-Stulang) yang ingin tahu status bangunan pejabat politik yang dibangunka­n di atas tanah kerajaan negeri.

Osman berkata, kerajaan negeri melalui Pentadbira­n Tanah Johor akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat mana-mana aduan berhubung pembinaan bangunan kekal atau sementara di atas mana- mana tanah kerajaan negeri bagi tujuan dijadikan pejabat mana-mana parti politik.

Beliau berkata, sekiranya bangunan tersebut dibina di atas tanah kerajaan negeri atau tanah rizab tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa negeri, maka ia adalah suatu penceroboh­an tanah kerajaan dan kesalahan mengikut peruntukan Seksyen 425 KTN.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Ir Hasni Mohammad (BN-Benut) sama ada kerajaan negeri tidak akan melayan parti politik untuk memiliki tanah sendiri, Osman berkata, kerajaan negeri tidak menggalakk­an mana-mana parti politik untuk memohon tanah milik kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia