Utusan Borneo (Sarawak)

Kemarau punca gangguan bekalan air di Kuantan: Norol Azali

-

KUANTAN: Gangguan bekalan air di daerah ini yang menjejaska­n hampir 80,000 pemegang akaun, berpunca daripada penurunan mendadak paras air di dua loji utama ekoran musim kemarau.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaia­n Awam dan Inovasi negeri Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, keadaan cuaca itu menjadi faktor utama paras air Sungai Kuantan surut sekali gus menyebabka­n kuantiti kemasukan air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Pancing dan LRA Semambu terjejas.

“Ketiadaan taburan hujan di kawasan tadahan air juga telah menjadi punca paras air di Empangan Chereh berada di tahap terendah sejak ia siap dibina pada 2008 dan tidak lagi berkeupaya­an menampung kekurangan yang ada.

“Keadaan ini juga menjadi faktor penyumbang penurunan air di LRA Semambu dan Panching menurun sehingga 30 peratus daripada kadar biasa,” beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat ber- sama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) berhubung masalah itu di sini semalam. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Datuk Mohd Zahari Md Isa dan Pengurus Besar (Operasi) PAIP Amir Khan Ayob Mohamed.

“Hal ini menyebabka­n kedua-dua loji tidak dapat beroperasi di tahap yang sepatutnya menyebabka­n gangguan bekalan air kepada penduduk dan industri di daerah ini terutama kawasan tinggi,”katanya.

Mengikut rekod, pada hari biasa LRA Semambu berkemampu­an membekalka­n sehingga 240 juta liter air sehari, manakala untuk LRA Panching sebanyak 130 juta liter air sehari.

Keadaan diburukkan lagi apabila ban sementara yang dibina pada 2017 bagi menghalang air sungai terus ke laut di muka sauk Kobat didapati masih lagi terdapat air mengalir melaluinya.

Berikutan itu, katanya, pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) akan memantau rapi tentang masalah ini dan sekiranya cuaca kemarau terus berpanjang­an, kerajaan negeri akan mendapatka­n bantuan daripada pihak berkenaan untuk melakukan pembenihan awan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Norol Azali (kanan) mendengar penerangan daripada Mohd Zahari ketika melawat loji rawatan air Panching semalam selepas beberapa kawasan di Kuantan hanya menerima air sebelah malam sahaja.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Norol Azali (kanan) mendengar penerangan daripada Mohd Zahari ketika melawat loji rawatan air Panching semalam selepas beberapa kawasan di Kuantan hanya menerima air sebelah malam sahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia