Utusan Borneo (Sarawak)

Willian dijangka akan terus kekal di London Pemain dari Brazil itu akui ‘tiada peluang’ masih berada di Stamford Bridge jika Conte terus bimbing Chelsea

-

LONDON, England: Pemain sayap Chelsea, Willian, mengakui ‘tiada peluang’ beliau akan terus kekal di kelab sekiranya bekas pengurus, Antonio Conte tidak diganti oleh Maurizio Sarri bulan lepas.

Conte dipecat hanya empat minggu sebelum bermulanya musim baharu walaupun memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim sulung di kelab dan kemudian Piala FA pada musim lepas.

Bagaimanap­un, pengurus dari Itali itu tidak sehaluan dengan beberapa pemain senior dan gagal membimbing kelab layak ke Liga JuaraJuara sebelum akhirnya dipecat selepas berbulan-bulan spekulasi mengenai masa depannya.

Willian juga dikaitkan perpindaha­n dari Chelsea, yang menolak tawaran dari Barcelona pada musim panas ini.

Tetapi beliau kelihatan akan terus kekal di London dengan pasaran perpindaha­n pemain di England sudah berakhir pada 9 Ogos, bermakna Chelsea tidak akan melayani sebarang bidaan dari kelab luar.

“Tiada peluang. Tiada,” kata bintang antarabang­sa Brazil itu kepada penyiaran ESPN apabila ditanya jika beliau masih berada di kelab jika Conte terus kekal selepas kemenangan 3-0 pasukannya ke atas Huddersfie­ld pada penampilan sulung Sarri dalam Liga Perdana.

“Saya berada di sini kerana saya mahu bermain untuk Chelsea. Saya akan pergi jika Chelsea mahu saya pergi.”

Sarri memberi amaran di mana ia akan mengambil masa untuk menyesuaik­an

Saya berada di sini kerana saya mahu bermain untuk Chelsea. Saya akan pergi jika Chelsea mahu saya pergi. Willian Pemain sayap Chelsea

diri dengan corak permainan menyerang yang beliau guna pakai di Napoli.

Tetapi keinginann­ya untuk bermain secara menyerang sudah dapat diterima oleh Willian selepas dua musim taktik keras yang diperkenal- kan Conte untuk menjadikan Chelsea sukar ditewaskan.

Pendekatan itu jarang berlaku ketika menentang Arsenal, yang akan tiba di Stamford Bridge hujung minggu ini.

Conte hanya menang sekali dari lapan pertemuan menen- tang Arsenal tetapi Willian menjangkak­an keputusan berbeza dengan corak permainan Sarri.

“Kami beraksi dengan baik menentang Arsenal dan kami mahu menang lagi,” tambah beliau.

“Saya fikir kami mempunyai peluang yang baik untuk mengubah keputusan sebelum ini kerana sekarang kami mempunyai corak permainan yang berbeza.

“Pengurus memberitah­u kami untuk bermain, bergembira dalam padang tetapi dengan tanggungja­wab. Sekarang kami mempunyai gaya berbeza dan kerana itu kami boleh mencipta masalah untuk Arsenal.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Willian ( dua kiri) melompat untuk mengelak terjahan keras pemain Huddersfie­ld pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium John Smith, Huddersfie­ld Sabtu lepas.
— Gambar Reuters LICIK: Willian ( dua kiri) melompat untuk mengelak terjahan keras pemain Huddersfie­ld pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium John Smith, Huddersfie­ld Sabtu lepas.
 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia