Utusan Borneo (Sarawak)

Eto’o akan beraksi bersama Al Sadd dalam liga Qatar

-

DOHA, Qatar: Pemain veteran dari Cameroon, Samuel Eto’o, menandatan­gani kontrak untuk beraksi bersama kelab dari Qatar, Qatar Sports Club, menurut pengumuman Isnin lepas, beberapa hari selepas beliau menamatkan tempoh singkat bersama kelab dari Turki, Konyaspor.

Bekas penyerang kelab Barcelona, Inter Milan dan Chelsea itu merupakan nama besar terbaharu yang beraksi dalam liga Qatar ketika ia membuat persediaan untuk menganjurk­an Piala Dunia 2022.

Kelab berkata menerusi media sosial di mana ia akan “memperkena­lkan bintang antarabang­sa Samuel Eto’o” pada satu sidang media.

Ia difahamkan Eto’o menjalani pemeriksaa­n perubatan pada awal hari yang sama.

Bekas pemenang empat kali pemain terbaik Afrika itu akan menyertai bekas rakan sepasukann­ya di Qatar termasuk bekas rakan sepasukan di Barcelona, Xavi Hernandez, yang bermain untuk kelab Al Sadd dan Wesley Sneijder, bekas rakan sepasukan di Inter.

Pada 2009, Eto’o memenangi Liga Juara-Juara ketika bermain bersamasam­a Xavi di Barcelona dan setahun kemudian, beliau memenangi kejuaraan yang sama ketika bermain bersama Sneijder di Inter.

Sneijder bermain untuk kelab Al Gharafa.

Pembelian itu adalah satu kejayaan besar buat Qatar Sports Club, yang menamatkan saingan musim lepas di pertengaha­n liga dan ketika ini tidak mempunyai sebarang harapan untuk memenangi sebarang kejuaraan domestik.

Awal hari yang sama, Eto’o berkata kelab-kelab Ligue 1 Perancis ada menghubung­inya selepas beliau mengumumka­n meninggalk­an Turki minggu lepas. Pemain berusia 37 tahun itu berada di penghujung kariernya di mana beliau menikmati lima musim cemerlang di Barcelona dari 2004 hingga 2009 sebelum membantu Inter memenangi tiga kejuaraan – Serie A, Piala Itali dan Liga Juara-Juara pada musim pertamanya di Itali.

Beliau kemudian bermain seketika di Chelsea dan Everton dalam Liga Perdana Inggeris.

Eto’o menjaringk­an 56 gol dari 1118 penampilan untuk Cameroon dan memenangi dua trofi Piala Negara- Negara Afrika. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia