Utusan Borneo (Sarawak)

Cech mohon penyokong bersabar, Emery perlukan masa

-

LONDON, England: Penjaga gol Arsenal, Petr Cech merayu untuk kesabaran selepas perlawanan pertama Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger berakhir dengan k e k a l a h a n 0- 2 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana I n g - g e r i s h u - jung minggu lepas. Arsenal kel i h a t a n dikuasai s e p e - n u h o l e h juara musim lepas itu dan bergelut menyesuaik­an diri dengan beberapa perubahan yang dilakukan oleh Emery pada penutup musim. Cech juga hampir menjaringk­an gol sendiri dan kelihatan tidak selesa di hadapan pintu gol dengan City mengasak bertubi-tubi. Selepas beberapa hantaran berisiko, satu tendangan jauh Cech menerima sorakan kuat p e n y o k o n g mereka tetapi pemain vete r a n i t u m e m i n t a corak perm a i n a n E m e r y diberikan lebih banyak masa. “Saya fikir mereka harus faham di mana apabila anda membina sebuah pasukan baharu dengan seorang pengurus baharu selain corak permainan yang sangat berbeza, ia mungkin mengambil masa,” kata Cech, yang mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama walaupun dengan pembelian Bernd Leno.

Permulaan sukar buat Emery akan diteruskan hujung minggu akan datang apabila Arsenal berkunjung ke bekas kelab Cech, Chelsea.

Pengurus baharu Chelsea, Maurizio Sarri, memulakan kariernya dengan kemenangan apabila menewaskan Huddersfie­ld 3-0 di gelanggang lawan.

Tetapi Cech percaya Arsenal boleh berasa lega dengan kesukaran Chelsea, yang tewas 0-2 kepada City pada perlawanan Piala Perisai Komuniti. “Minggu hadapan, kami mempunyai satu lagi perla- wanan penting tetapi kami akan lebih bersedia kerana kami harus melupakan perlawanan sebelum ini. Saya percaya kami bermain dengan lebih baik berbanding Chelsea ketika menentang City,” tambah beliau.

Banyak konsep yang mahu diperkenal­kan Emery di Arsenal adalah sama dengan corak permainan diterapkan pengurus City, Pep Guardiola.

Dan perbezaan di antara satu projek baharu berbanding musim ketiga di Guardiola dan awal musim Emery dalam Liga Perdana jelas kelihatan.

“Kami cuba membina pasukan dan mewujudkan corak permainan kami sendiri,” kata Cech.

“Sememangny­a kami sudah melakukann­ya sejak lima minggu, mereka (City) telah melakukann­ya selama tiga tahun, jadi sudah tentu mereka mempunyai kelebihan besar.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BELUM ‘PANAS’: Reaksi Emery ketika menyaksika­n pasukannya gagal menyaingi kehebatan Manchester City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates Manchester Ahad lepas.
— Gambar Reuters BELUM ‘PANAS’: Reaksi Emery ketika menyaksika­n pasukannya gagal menyaingi kehebatan Manchester City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates Manchester Ahad lepas.
 ??  ?? CECH
CECH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia