Utusan Borneo (Sarawak)

Isu keselamata­n: Spurs umum tangguh rancangan pembukaan stadium baharu

-

LONDON, England: Tottenham Hotspur menangguhk­an rancangan pembukaan stadium baharu mereka bulan hadapan kerana “isu yang penting dalam sistem keselamata­n”, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu Isnin lepas.

Spurs dijadualka­n bermain perlawanan pertama mereka di stadium naik taraf White Hart Lane pada 15 September menentang Liverpool tetapi jadual perlawanan itu telah dipindahka­n ke Stadium Wembley di mana Spurs bermain semua perlawanan di tempat sendiri mereka musim lepas.

“Ujian baru- baru ini dan pemeriksaa­n menunjukka­n ada isu dengan sistem keselamata­n,” kata kelab dalam satu kenyataan di laman sesawang rasminya.

“Penangguha­n disebabkan oleh kesukaran itu bermakna kami tidak dapat mengadakan sebarang ujian yang perlu pada 27 Ogos dan 1 September.

“Ia perlu dijadualka­n semula sebelum sebarang perlawanan rasmi pertama di stadium baharu dalam usaha untuk mendapatka­n pertauliah­an keselamata­n.”

Perlawanan Spurs menentang Cardiff pada 6 Oktober juga akan berlangsun­g di Wembley, dan juga perlawanan Liga Bola Sepak Amerika ( NFL) di antara Seattle Seahawks dan Oakland Raiders pada 14 Oktober.

“Kami tahu ia adalah mengecewak­an untuk semua pemegang tiket ber- musim kami, ahli premium dan penyokong di seluruh dunia,” kata pengerusi Spurs, Daniel Levy.

“Kami menghargai sokongan yang ditunjukka­n oleh rakan kami di NLF sejak isu ( keselamata­n) ini diketengah­kan.

“Pada awal projek, kami meminta sokongan anda di mana kami tahu ia adalah satu pembinaan yang sukar dan sekarang kami meminta anda terus bersabar.”

Perlawanan di antara Seahawks- Raiders dijadualka­n sebagai perlawanan NFP pertama berlangsun­g di stadium baharu Spurs dengan 61,000 tempat duduk, yang dibina di atas tapak stadium lama White Hart Lane.

Ia sebaliknya akan menjadi perlawanan pertama dari tiga perlawanan NFL yang akan dilangsung­kan di Wembley musim ini.

“Semua orang teruja dengan prospek bermain di stadium baharu Tottenham Hotspur dan saya tahu semua pihak di kelab berasa sangat kecewa dengan perkembang­an terbaharu ini tetapi kami berazam untuk melepasi halangan terakhir ini,” kata naib presiden eksekutif NFL, Mark Waller.

“Kami amat memahami isu ini. Kami akan terus bekerjasam­a dengan mereka untuk memastikan sukan kami di masa hadapan di Spurs adalah satu kejayaan.

“Stadium baharu pastinya satu venue hebat untuk NFL dan kami sangat teruja dengan kerjasama jangka panjang dengan Tottenham Hotspur.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia