Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain golf bertaraf antarabang­sa sertai PGM Labuan 2018

-

LABUAN: Beberapa pemain golf bertaraf dunia telah mendaftar untuk bertanding pada Kejohanan Golf Profesiona­l Malaysia (PGM) Labuan 2018, yang berprestij di Kelab Golf Antarabang­sa Labuan (LGC) hari ini (Rabu).

Kejohanan empat hari itu bermula 15-18 Ogos dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40 pemain golf Jelajah Pembanguna­n Asia (ADT) dari lebih 10 negara termasuk Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Korea, Jepun, Argentina dan Australia.

Dari Malaysia, seramai 30 pemain golf profesiona­l dari Golf Profesiona­l Malaysia (PGM) akan bertanding bersama-sama pemain luar negara pada kejohanan RM225,000 (kira-kira (AS$58,000) itu.

Pemain Malaysia, Ben Leong yang menjalani latihan di LIGC pagi ini dijangka selesa dalam perlawanan kerana Labuan bukanlah asing dari Sabah.

Pemain berusia 32 tahun ini, yang meraih keputusan empat daripada 10 tempat teratas pada Jelajah Pembanguna­n Asia pada 2016, akan tampil bersama-sama pemain berbakat termasuk dari Indonesia George Gandranata, 32, yang memenangi gelaran ADT pertamanya di Langkawi pada 2016.

Pemain lain yang dijangka menyertai cabaran esok ialah ???Johnson Poh dari Singapura, Shakhawat Sohel (Bangladesh) dan Miguel Carballo (Argentina).

Kejohanan PGM Labuan berlangsun­g pada masa yang sama dengan Terbuka Taifong, yang akan berlangsun­g di Padang Golf Taifong di Taipei minggu ini.

Semua acara ADT diberi status Official World Golf Ranking (OWGR). Pemenang setiap kejohanan akan menerima minimum enam mata OWGR manakala enam pemain teratas menerima mata secara ‘sliding scale’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia