Utusan Borneo (Sarawak)

Kirandeep tekad balas kepercayaa­n Dharma Raj

-

KUALA LUMPUR: Pemain termuda dalam skuad hoki wanita negara ke Sukan Asia 2018, Kirandeep Kaur mahu membalas kepercayaa­n jurulatih Muhammad Dharma Raj Abdullah dengan mempamerka­n prestasi membanggak­an pada temasya sukan itu.

Pemain berusia 15 tahun itu bakal menjadi pemain hoki wanita paling muda negara beraksi di pentas Sukan Asia apabila acara hoki membuka tirai di Padang Hoki, Kompleks Sukan Gelora Bung Karno ( GBK), Jakarta, Jumaat ini.

“Saya sangat berbangga dipilih dalam skuad kebangsaan, tetapi saya harus buktikan bahawa ada maknanya ( untuk dipilih). Saya mahu beri yang terbaik dan bermain bersungguh- sungguh walaupun ada rasa sedikit tertekan. “R a k a n sepasukan p u n a d a

m e n - gajar mengenai rentak permainan dan cara permainan. Saya pun berasa selesa dan serasi dengan mereka,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar itu.

Minggu lepas, jurulatih itu membuat kejutan apabila menamakan Kirandeep dalam senarai 18 pemain ke Sukan Asia, selepas melihat prestasiny­a ketika Siri D u n i a di Sing a p u r a pada akhir Jun serta jelajah di Brisbane, Australia, akhir bulan lalu. Bagi melaksanak­an tanggungja­wab mewakili negara di temasya sukan berkenaan, pelajar tingkatan tiga itu, terpaksa menangguhk­an ujian percubaan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) yang turut diadakan bulan ini.

“Walaupun menghabisk­an banyak masa di padang, saya kena seimbangka­n pelajaran dan hoki supaya dapat fokus kepada kedua- duanya. Biasanya, pada waktu pagi saya ke sekolah, waktu petang pula mengikuti latihan, tapi kadang- kadang tidak dapat hadir kelas tuisyen,” katanya.

Skuad ‘ Mal a y - sian Tigress’ yang diundi dalam Kumpulan A akan membuka kempen menentang Hong Kong pada Jumaat ini, sebelum bertemu China ( 23 Ogos), Taiwan ( 25 Ogos) dan Jepun ( 27 Ogos), manakala aksi separuh akhir dan akhir masing- masing dijadual pada 29 dan 31 Ogos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia