Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10 pasukan sah sertai Mega Futsal pada 15 hingga 17 September depan

-

MIRI: Lebih 10 pasukan mengesahka­n tempat menyertai Kejohanan Mega Futsal Terbuka 2018 yang akan berlangsun­g pada 15 hingga 17 September depan.

Jurucakap penganjur berkata, kejohanan julung kali diadakan itu adalah untuk menyemarak­kan Sambutan Hari Malaysia.

Ia anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri dan Kementeria­n Pelanconga­n Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Penyertaan bagi kategori wanita kemungkina­n disertai pasukan futsal dari Sabah, Labuan serta bahagian lain di Sarawak.

Katanya, penyertaan masih terbuka dan penganjur menyasarka­n sebanyak 40 penyertaan pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita bersaing nanti.

Yuran penyertaan bagi kategori lelaki ditetapkan sebanyak RM400 sementara RM300 bagi kategori wanita.

Tarikh tutup penyertaan pada 11 September depan.

Juara kategori lelaki bakal menerima RM5,000 sementara naib juara dan tempat ketiga bersama menerima RM3,000 dan RM750 berserta piala dan medal iringan.

Bagi kategori wanita pemenang menerima RM2,000 manakala naib juara dan tempat ketiga bersama menerima RM1,000 dan RM750 berserta piala dan medal.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i Fadillah Ibrahim di talian 013-8137598, Ismail Saual (017-8110600), Josephine Charlie ( 0128705750) dan Hamri Ali (019-8668662).

Borang juga boleh didapati atau diemel untuk perhatian ismailsaua­l@gmail.com.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? CERIA: Tony (tiga kanan) bersama pemain-pemain, jurulatih pasukan Perth Glory dan Sarawak FA serta kakitangan HUS semasa lawatan semalam.
— Gambar Chimon Upon CERIA: Tony (tiga kanan) bersama pemain-pemain, jurulatih pasukan Perth Glory dan Sarawak FA serta kakitangan HUS semasa lawatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia