Utusan Borneo (Sarawak)

Perth Glory, Sarawak menceriaka­n 21 kanak-kanak di HUS

-

KUCHING: Program sokongan komuniti ‘Games to Aid Recovery’ anjuran kelab bola sepak Perth Glory FC dari Australia dan Sarawak FA membawa keceriaan kepada 21 kanak-kanak kurang bernasib baik.

Menerusi program itu, pemain Perth Glory FC dan Sarawak FA mengadakan kunjungan di Unit Pediatrik, Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Inisiatif dibawa oleh Perth Glory FC itu merupakan sebahagian daripada program ‘Games to Aid Recovery’ di Malaysia yang dianjurkan buat kali kedua dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan HUS.

Penasihat Perth Glory FC, Tony Hughes berkata kali pertama beliau melawat unit tersebut pada 2017 di mana program sama dianjurkan bersama Janis Hughes.

Semasa lawatan itu, seramai 21 kanak-kanak menerima sumbangan patung kangaroo ‘Gloria’ yang diterbangk­an khas dari Australia dan disampaika­n oleh pemain-pemain dan jurulatih Sarawak FA dan Perth Glory FC.

“Kita berasa amat gembira kerana dapat bekerjasam­a dalam Program Khidmat FAS di HUS. Pemberian patung maskot ‘Gloria’ ini sebagai tanda penghargaa­n daripada kami.

“Perth Glory FC telah be- rada di sini selama enam hari dan kita berasa amat berbangga kerana diberi peluang melawat unit ini,” kata Tony.

Perth Glory FC dalam siri jelajah pramusim di sini dan kelab itu mengadakan perlawanan persahabat­an menentang pasukan Sarawak pada Sabtu lalu di Stadium Negeri, Petra Jaya yang berkesudah­an mereka menang besar 7-1.

Kelab itu juga dijadualka­n menentang skuad SUKMA Sarawak di venue sama, jam 8.15 malam ini.

Hadir sama Ketua Jurulatih Sarawak Ian Andrew Gillan, Setiausaha Agung FAS Jeffry Lana, Pegawai Perhubunga­n HUS, Maria Belare dan Matron Merrylyn Apok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia