Utusan Borneo (Sarawak)

Telemovie khas Aidiladha RTM lakonan Jalil Hamid dan Kazar Saisi di TV1

-

GANDINGAN pelakon berpengala­man Jalil Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah dan Amyza Aznan disatukan dalam sebuah telemovie khas bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas Aidiladha ini bertajuk ‘Korban Jalil & Jiman’.

Mengangkat plot kisah ibadah korban mengukuhka­n ukhuwah, telemovie arahan Rahila Ali terbitan Pena Creative Pictures ini menemui penonton pada 22 Ogos depan, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Turut menampilka­n pelakon Isa Khan, Kodi Rasheed, Nina Iskandar dan Ben Amir, penonton diajak bersama-sama menghayati keberkatan ibadah korban yang dilakukan dalam menyatukan kembali ukhwah persahabat­an ysang telah lama retak antara watak utama iaitu Jalil dengan Jiman.

Realitinya telemovie yang disiarkan khas sambutan Aidiladha pada 22 Ogos ini membawakan kisah Jiman dan Jalil yang tidak sehaluan tinggal berjiran di sebuah kampung.

Punca mereka berkonfron­tasi adalah kerana merebut seorang wanita. Namun tidak seorang pun antara mereka yang berjaya menjadikan wanita tersebut sebagai suri dalam rumah mereka.

Perselisih­an antara Jiman dan Jalil berterusan dan belum menemui titik noktahnya. Isteri Jiman dan Jalil pula berkawan rapat. Mereka menguruska­n jualan kek lapis dan kek cawan secara talian terus.

Banyak tempahan yang diterima dan mereka bercadang bekerjasam­a membuka sebuah kedai untuk membesarka­n perniagaan mereka.

Jiman mempunyai seorang anak lelaki dan Jalil pula seorang anak perempuan. Anak-anak mereka berkawan rapat dan mempunyai minat yang sama iaitu sebagai jurugambar. Jiman dan Jalil sering berlumba dalam setiap perbuatan mereka untuk menarik perhatian penduduk kampung termasuk hal-hal yang berkaitan dengan agama.

Keluarga Jiman dan Jalil kecoh apabila anak- anak mereka tidak pulang ke rumah walaupun hari telah malam. Fiza dan Fizi keluar bersamasam­a mengambil gambar flora dan fauna untuk menyiapkan projek mereka.

Akhirnya kehilangan mereka terjawab apabila Fiza ditemui kemalangan di hutan dan dibawa balik ke rumah.

Apabila menjelangn­ya Aidiladha masingmasi­ng berusaha untuk mendapatka­n binatang korban yang mahal dan diimport iaitu lembu Australia dan unta. Walau bagaimana pun impian mereka tidak menjadi kenyataan apabila pesanan mereka tidak kesampaian.

Mereka terpaksa berkongsi lembu yang dibeli dari Leman, penternak lembu dari kampung yang sama. Namun adakah mereka sedar akan kesilapan masing-masing dan menamatkan konfrontas­i yang terjadi?

Ikuti kesudahann­ya telemovie ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? MENARIK: Babak dalam Korban Jalil dan Jiman.
MENARIK: Babak dalam Korban Jalil dan Jiman.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Liza Abdullah dan Jalil Hamid (kiri) menjayakan watak dalam telemovie yang turut menampilka­n Kazar Saisi dan Amyza Aznan ini.
WATAK UTAMA: Liza Abdullah dan Jalil Hamid (kiri) menjayakan watak dalam telemovie yang turut menampilka­n Kazar Saisi dan Amyza Aznan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia