Utusan Borneo (Sarawak)

Kes melibatkan seorang pembantu wanita, pernah dilihat sebagai calon kuat untuk ganti presiden Moon pada 2022

-

SEOUL: Seorang bekas calon presiden Korea Selatan telah didapati tidak bersalah ke atas semua tuduhan semalam dalam satu perbicaraa­n berpunca dari tuduhan bahawa dia merogol seorang pembantu wanita beberapa kali, menimbulka­n kontrovers­i serta-merta.

Kes yang melibatkan Ahn Hee-jung – yang sebelum skandal ini telah dilihat sebagai seorang calon kuat bagi menggantik­an Presiden Moon Jae-in ketika penggalnya tamat pada 2022 – adalah profil tertinggi dalam pergerakan #MeToo yang semakin berkembang di negara ini.

Ahn telah dibebaskan dari pencabulan seksual secara paksa, hubungan seksual dengan menyalahgu­nakan kuasa dan dakwaan lain oleh Mahkamah Daerah Barat Seoul.

“Saya memohon maaf dan saya berasa sangat malu,” katanya di bahagian tangga mahkamah.

“Saya telah megecewaka­n ramai orang. Saya akan melakukan usaha untuk bangkit semula,” menurutnya lagi, ketika aktivis hak asasi wanita melaungkan “Ia masih belum berakhir!” ke arah dia.

Korea Selatan kekal patriakal secara sosial di sebalik kemajuan ekonomi dan teknologin­ya, dengan sistem perundanga­n yang didominasi oleh lelaki sering dituduh sebagai menjatuhka­n keputusan memihak kepada lelaki dalam kes penderaan seks.

Ahn merupakan gabenor bagi wilayah Chungcheon­g Selatan semasa pembantuny­a Kim Ji-eun memberitah­u satu temu bual televisyen pada awal tahun ini bahawa Ahn telah merogolnya sebanyak empat kali selepas dia diambil bekerja.

Sambil menahan tangisan, dia memberitah­u dia tidak mampu untuk menolak ketuanya dalam hierarki tegas di pejabatnya.

Ahli politik berusia 53 tahun itu mengemukak­an satu permohonan maaf rasmi dan meletakkan jawatannya, serta kemudian telah didakwa, namun sering menegaskan bahawa seks tersebut sebagai tindakan suka sama suka.

Mahkamah berkata ia melihat “sedikit bukti” bahawa Ahn menggunaka­n kuasanya untuk memaksa Kim melakukan hubungan seks, sambil menambah bahawa bukti yang dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan – yang telah memohon hukuman penjara selama empat tahun bagi Ahn – adalah “tidak mencukupi bagi membuktika­n bahawa kebebasan seksual Kim telah dicabuli tanpa keinginann­ya.”

“Terdapat juga banyak perkara yang telah dipersoalk­an dan tidak dapat diterima dalam keterangan mangsa,” menurut keputusan mahkamah.

Keputusan semalam telah diberikan ketika beberapa pejuang kempen hak asasai wanita mengecam Ahn sementara penyokong ahli politik tersebut bersorak untuk dia di luar mahkamah.

“Bertaubatl­ah, Ahn Heejung! Apa yang kamu lakukan adalah keganasan seksual!” laung para aktivis.

Skandal tersebut adalah satu kejatuhan teruk dari kegemilang­an bagi Ahn, yang telah menikmati populariti besar di kalangan pengundi muda dan liberal hasil dari imej kese- luruhannya dan penampilan dia yang menarik.

Dia berada di belakang ketua negara sekarang Moon Jae-in dalam pertanding­an bagi pencalonan presiden bagi parti pemerintah Demokratik pada tahun lepas dan telah dilihat sebagai calon kegemaran bagi pilihan raya akan datang.

Kempen #MeToo terhadap pencabulan wanita telah melanda Korea Selatan pada tahun ini selepas pendakwa raya Seoul Seo Ji- hyeon mengingkar­i konvensyen dengan hadir dalam siaran langsung televisyen pada Januari untuk menyatakan tentang pencabulan yang dia alami di tangan pegawai tinggi yang lebih berkuasa.

Tindakan oleh Seo telah membuka laluan, mendesak lebih ramai wanita agar tampil ke depan untuk menuduh pegawai yang berkuasa dalam politik, seni, keagamaan, pendidikan dan hiburan dengan pencabulan. — AFP

 ?? — Gambar Jun Yeon-je/AFP ?? MOHON MAAF: Ahn (tengah) memohon maaf ketika ditemu bual oleh wartawan di luar mahkamah di Seoul semalam selepas dia dibebaskan dari semua dakwaan dalam kes berpunca dari tuduhan bahawa dia merogol seorang pembantu wanita beberapa kali.
— Gambar Jun Yeon-je/AFP MOHON MAAF: Ahn (tengah) memohon maaf ketika ditemu bual oleh wartawan di luar mahkamah di Seoul semalam selepas dia dibebaskan dari semua dakwaan dalam kes berpunca dari tuduhan bahawa dia merogol seorang pembantu wanita beberapa kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia