Utusan Borneo (Sarawak)

Protes di upacara pengebumia­n 29 kanak-kanak Yaman

-

SAADA: Ribuan rakyat Yaman menyuaraka­n kemarahan terhadap Riyadh dan Washington kelmarin ketika mengambil bahagian dalam upacara pengebumia­n beramai-ramai bagi kanakkanak yang terkorban semasa serangan udara oleh tentera perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi.

Sekurang- kurangnya 29 kanak-kanak adalah antara mereka yang terbunuh dalam serangan udara pada Khamis lepas ke atas sebuah bas di sebuah pasar yang penuh sesak di Dahyan, wilayah Saada, menurut Pertubuhan Palang Merah Antarabang­sa.

Pengebumia­n beramai-ramai telah diadakan di bandar Saada, sebuah kubu kuat bagi pemberonta­k Huthi yang dibantu oleh Iran, dengan imej disiarkan oleh televisyen pemberonta­k Al-Masirah.

Kira- kira 50 kenderaan membawa keranda ke sebuah dataran besar di bandar tersebut.

Keranda yang ditutupi dengan kain hijau dan gambar mangsa telah disusun di atas lantai, di mana ahli keluarga meratapi mereka serta doa untuk orang yang meninggal dunia telah dibacakan.

Orang ramai yang berkabung mengangkat gambar kanak-kanak tersebut dan melaungkan slogan menentang Arab Saudi dan sekutunya serta pembekal utama senjata, Amerika Syarikat (AS).

“Amerika telah membunuh kanak-kanak Yaman,” tertulis pada beberapa kain rentang.

Perikatan yang diketuai oleh Arab Saudi telah mengambil bahagian dalam konflik Yaman sejak 2015 untuk menyokong kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dalam perjuangan­nya menentang Huthi.

Ketua majlis revolusi pemberonta­k, Mohammed Ali alHuthi, mengambil bahagian dalam upacara pengebumia­n dan mengecam serangan itu sebagai “satu jenayah oleh pihak Amerika dan sekutunya terhadap kanak-kanak Yaman”.

Kementeria­n kesihatan Huthi mengesahka­n 51 orang terkorban dalam serangan termasuk 40 kanak-kanak.

Ia turut menyatakan 79 lagi tercedera, termasuk 56 kanak-kanak.

Al- Masirah tidak menyatakan berapa ramai mangsa yang dikebumika­n kelmarin.

Beberapa keluarga telah mengebumik­an orang tersayang mereka, menurut penduduk lain.

Pihak perikatan menyatakan pada Jumaat lepas ia akan melancarka­n siasatan bagi “membongkar kejadian itu dan menentukan kesannya,” sementara Majlis Keselamata­n Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) telah meyeru bagi “siasatan yang boleh dipercayai”.

UAE, sekutu utama Arab Saudi dalam perikatan menentang Huthi, kelmarin berkata kedua-dua pihak dalam konflik harus dipersalah­kan.

Anwar Gargash, menteri negara UAE bagi hal ehwal asing, meratapi bahagian “jahat” peperangan dan menyebut siasatan pihak perikatan terhadap serangan itu.

“Dalam peperangan ini kita melihat orang awam ditembak, dibom, dibunuh dan, malangnya, ini adalah ba- hagian sebenar bagi sebarang konfrontas­i,” kata beliau di Dubai.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dan Putera Mahkota Arab Mohammed bin Salman bercakap melalui telefon kelmarin, membincang­kan pel- bagai isu termasuk usaha oleh seorang wakil khas PBB bagi “menyelesai­kan konflik di Yaman”, kata Jabatan Negara.

Peperangan di negara miskin Yaman telah meragut hampir 10,000 nyawa dan menyebabka­n apa yang di- katakan oleh PBB sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia.

Wakil PBB ke Yaman, Martin Griffiths, telah menjemput pihak-pihak yang bertelagah untuk berunding pada 6 September di Geneva. — AFP

 ?? — Gambar Naif Rahma/Reuters ?? UPACARA PENGEBUMIA­N: Orang ramai menghadiri upacara pengebumia­n kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara oleh tentera perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di wilayah Saada, Yaman kelmarin.
— Gambar Naif Rahma/Reuters UPACARA PENGEBUMIA­N: Orang ramai menghadiri upacara pengebumia­n kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara oleh tentera perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di wilayah Saada, Yaman kelmarin.
 ?? — Gambar Khaled Abdullah/Reuters ?? SUARA KEMARAHAN: Kanak-kanak menunjuk perasaan di luar pejabat PBB di Sanaa, Yaman kelmarin untuk mengutuk serangan udara pada minggu lepas yang membunuh sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak di wilayah Saada.
— Gambar Khaled Abdullah/Reuters SUARA KEMARAHAN: Kanak-kanak menunjuk perasaan di luar pejabat PBB di Sanaa, Yaman kelmarin untuk mengutuk serangan udara pada minggu lepas yang membunuh sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak di wilayah Saada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia