Utusan Borneo (Sarawak)

Soal siasat terhadap wartawan AS satu kesilapan: Netanyahu

-

BAITULMUQA­DDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan kelmarin bahawa sesi soal siasat yang lama terhadap seorang wartawan Yahudi Amerika ketika ketibaanny­a di lapangan terbang Tel Aviv adalah hasil daripada “kesilapan pentadbira­n”.

Peter Beinart dari The Forward, sebuah majalah Yahudi Amerika yang disiarkan di New York, mendakwa dia telah disoal siasat selama sejam pada Ahad lepas mengenai pendapatny­a dari segi politik oleh seorang ejen perkhidmat­an perisikan Shin Bet.

Seorang penyokong pemboikota­n barangan pro-Palestin dari kawasan penempatan Israel di Tebing Barat yang ditakluki, Beinart berkata dia telah ditanya beberapa kali bagi nama-nama pertubuhan yang dikaitkan dengannya.

Wartawan itu, yang menjelaska­n dia berada di Israel bagi satu lawatan keluarga, berkata pengalaman­nya di lapangan terbang Ben Gurio di Tel Aviv, di mana pelancong sering disoal siasat selama beberapa jam ketika ketibaan dan pelepasan, sebagai “mendukacit­akan”.

Pejabat perdana menteri menyatakan dia sedang menyiasat tentang insiden tersebut.

Netanyahu “telah mendengar tentang Encik Beinart disoal siasat di lapangan terbang Ben Gurion dan segera berbincang dengan pasukan keselamata­n Israel bagi mengetahui bagaimana perkara ini telah berlaku”, katanya dalam satu kenyataan.

“Dia telah diberitahu ia merupakan satu kesilapan pihak pentadbira­n. Israel merupakan masyarakat terbuka yang menerima semua – pengkritik dan penyokong.”

Memberikan reaksi kepada campur tangan perdana menteri, Beinart menyatakan dalam Twitter bahawa Netanyahu telah “memohon maaf bagi penahanan saya kelmarin di lapangan terbang Ben Gurion”.

“Saya akan menerimany­a apabila dia memohon maaf kepada semua rakyat Palestin dan Amerika Palestin yang setiap hari berdepan dengan keadaan yang lebih teruk,” tulisnya.

Pada Mac 2017, parlimen Israel telah meluluskan satu undang- undang mengharamk­an kemasukan penyokong “Boycott, Divestment, Sanctions (BDS)”, satu pergerakan yang diinspiras­ikan dari langkahlan­gkah terhadap Afrika Selatan sebelum kejatuhan apartheid. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia