Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas ketua biskop Australia terlepas hukuman penjara

-

SYDNEY: Seorang bekas ketua biskop Australia disabitkan merahsiaka­n salah laku oleh seorang paderi pedofilia yag berbahaya pada tahun 1970-an telah terselamat dari hukuman penjara semalam, dengan satu keputusan mahkamah bahawa dia boleh menjalani hukuman dengan penahanan di rumah.

Philip Wilson menjadi salah seorang pegawai gereja yang berpangkat paling tinggi disabitkan kerana merahsiaka­n penderaan seks kanak-kanak ketika dia didapati bersalah pada Mei kerana melindungi jenayah oleh paderi Jim Fletcher di wilayah Hunter di bahagian New South Wales.

Mahkamah Tempatan Newcastle telah menjatuhka­n hukuman penjara selama 12 bulan terhadap lelaki berusia 67 tahun itu, dengan tempoh bukan parol selama enam bulan, tetapi turut mengarahka­n dia menjalanin­ya di rumah.

Sejak itu dia diikat jamin dan semalam majistret Robert Stone memutuskan dia tidak perlu untuk menjalani hukuman di dalam penjara, dengan media tempatan melaporkan dari mahkamah bahawa keadaan usia, mental dan fizikalnya telah diambil kira.

Sebagai sebahagian daripada hukuman di rumahya, di satu lokasi yang dirahsiaka­n, Wilson dikehendak­i memakai alat penjejak, lapor Newcastle Herald.

Wilson meletakkan jawatan sebagai Ketua Biskop Adelaide pada bulan lepas selepas Perdana Menteri Malcolm Turnbull meminta pihak Vatican untuk memecat dia.

Dia sudah lama menafikan dakwaan dan pada mulanya menolak permintaan untuk meletakkan jawatan sementara menunggu satu rayuan terhadap pensabitan­nya.

Stone medapati dia bersalah kerana merahsiaka­n kesalahan yang dikatakan sebagai serius oleh orang lain, memutuskan motif awalnya adalah bagi melindungi gereja.

Semasa menjatuhka­n hukuman Stone menambah bahawa “tiada kekesalan atau keinsafan yang telah ditunjukka­n oleh pesalah”.

Pensabitan Wilson muncul di sebalik beberapa tuduhan bahawa Gereja Katolik tidak mengendahk­an dan merahsiaka­n penderaan seks kanakkanak di Australia, dakwaan yang turut membelengg­u beberapa negara lain.

Tidak ada pertikaian semasa perbicaraa­n bahawa Fletcher, yang sekarang sudah meninggal dunia, telah mendera secara seksual seorang ‘pembantu paderi’, dengan perbicaraa­n tertumpu kepada sama ada Wilson, seorang paderi baharu ketika itu, telah dimaklumka­n mengenainy­a.

Wilson berkhidmat sebagai paderi di New South Wales sebelum Pope John Paul II melantik dia sebagai Biskop Wollongong pada 1996. Lima tahun kemudian dia menjadi Ketua Biskop Adelaide. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia