Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar, 14, tanding jawatan gabenor Vermont

-

NEW YORK: Kebanyakan pelajar lelaki Amerika yang berusia 14 tahun mungkin akan lebih berminat dengan besbol, mengurat budak perempuan dan melakukan kerja sekolah mereka. Namun bukan Ethan Sonneborn. Dia akan bertanding untuk jawatan gabenor di Vermont.

Remaja tersebut telah mengambil kesempatan dengan satu keganjilan dalam perlembaga­an di negeri timur laut yang kedesaan yang menyatakan tiada had usia untuk bertanding bagi jawatan gabenor. Calon hanya perlu untuk menetap di Vermont selama sekurang-kurangnya empat tahun.

Berita baik bagi kempennya, Ethan sudah tinggal di negeri itu selama 14 tahun. Dia berdepan dengan ramai lawan dewasa di peringkat awal pemilihan gabenor Demokratik semalam.

Laman sesawangny­a menggambar­kandiaseba­gaipejuang bagi keluarga kelas pertengaha­n dan bekerja, dengan “idea yang betul” mengenai perubahan dalam penjagaan kesihatan, pembanguna­n ekonomi dan pendidikan – tidak mempedulik­an bahawa dia sendiri masih mempunyai masa beberapa tahun untuk menamatkan sekolah tinggi.

Dia menganggap dirinya sama dengan sayap progresif bagi Parti Demokratik, yang semakin kuat di Amerika Syarikat sejak pertanding­an yang dihalang sepenuhnya bagi jawatan presiden oleh Senator Vermont Bernie Sanders pada 2016.

“Saya fikir saya merupakan calon yang terbaik untuk mewakili perubahan yang kita inginkan,” katanya pada majlis dewan perbandara­n yang disiarkan di televisyen pada awal bulan ini.

Lawannya termasuk Christine Hallquist, bertanding untuk menjadi gabenor transjanti­na pertama di Amerika, James Ehlers, seorang veteran Tentera Laut dan pencinta alam semula jadi, dan Brenda Siegel, pengarah eksekutif bagi sebuah festival tarian.

Namun di sebalik pujian bagi “kematangan” dan kesedaran politik Sonneborn, kempennya telah menimbulka­n gesaan agar anggota perundanga­n Vermot menutup jurang itu.

“Saya fikir kami mungkin harus melihat kepada perkara itu dengan sejujurnya,” Gabenor Republikan Phil Scott memberitah­u wartawan ketika ditanya sekiranya beliau memikirkan remaja berusia 14 tahun adalah layak untuk bertanding.

“Saya fikir kamu sekurangku­rangnya mampu untuk mendapatka­n lesen memandu kamu pada masa kami menjadi gabenor.”

Scott, 60, memegang pentadbira­n Vermont sejak 2016 dan telah bertanding utuk pemilihan semula, menentang Keith Stern, yang menjalanka­n perniagaan buah dan sayur, dalam peringkat awal Republikan untuk jawatan gabenor di negeri ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia