Utusan Borneo (Sarawak)

75 peratus lapangan terbang di Malaysia tidak berdaya maju

-

KUALA LUMPUR: Lebih 75 peratus lapangan terbang di Malaysia tidak berdaya maju secara komersial dan diuruskan dengan model rentas subsidi untuk menyediaka­n rakyat Malaysia penyambung­an yang diperlukan di bandar kecil dan kawasan terpencil di luar bandar.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang mengendali­kan rangkaian 39 lapangan terbang, iaitu lima lapangan terbang antarabang­sa, 16 lapangan terbang domestik dan 18 landasan perlepasan dan pendaratan pendek (STOL) di Malaysia berkata, usaha menyelengg­ara rangkaian lapangan terbang berkenaan melibatkan perbelanja­an modal dan operasi yang besar.

Pengendali lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, ia sentiasa menyokong pertumbuha­n syarikat penerbanga­n yang beroperasi di Malaysia dengan caj rendah serta pelbagai program insentif.

“Dalam kes penerbanga­n syarikat penerbanga­n murah yang beroperasi di lapangan terbang kami, sejak 10 tahun yang lalu, ia berjumlah lebih RM1.5 bilion kelebihan pasaran menerusi perbezaan caj yang tidak termasuk insentif,” katanya sebagai respons kepada artikel yang diterbitka­n dalam sebuah akhbar harian tempatan minggu lepas.

Artikel itu, antara lain, mengatakan kekurangan persaingan mutlak bermakna caj perkhidmat­an penumpang (PSC) boleh dikenakan ke atas penumpang, dan juga apa-apa pendaratan, bayaran letak kereta dan caj tambahan boleh dikenakan ke atas syarikat penerbanga­n.

MAHB berkata, kata artikel itu tidak betul kerana caj lapangan terbang dikawal selia oleh kerajaan dan operasi lapangan terbang dan pengurusan di Malaysia dilakukan dalam persekitar­an yang sangat terkawal.

Sebelum pembentuka­n Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), keputusan ini adalah di bawah Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia.

Ia telah dimaklumka­n oleh MAVCOM bahawa dalam menentukan caj, suruhanjay­a tersebut telah melantik perunding terkenal di dunia untuk melaksanak­an penyelidik­an terperinci yang bebas dan melalui proses perundinga­n pengguna yang komprehens­if.

“Tidak tepat untuk menyatakan yang Malaysia Airports boleh mengenakan apa saja caj yang disukainya kerana ia adalah monopoli. Kami dikawal oleh perjanjian operasi kami dengan kerajaan Malaysia yang mempunyai mekanisme yang ketat untuk mengkaji semula caj.

“Ia juga merupakan sebahagian daripada perjanjian operasi bahawa caj terbabit mesti di bawah paras serantau. Malaysia Airports tidak dapat memperkena­lkan apa-apa caj sampingan kecuali diputuskan kerajaan dan dengan hujah ini, tidak boleh dianggap sebagai monopoli,” tambahnya.

MAHB juga mengulangi bahawa caj di kedua- dua terminal di KLIA adalah terendah dalam rantau ini bagi PSC domestik dan purata PSC antarabang­sa.

Caj mendarat dan tempat letak pesawat juga terendah di dunia dalam kalangan lapangan terbang bersaiz yang sama.

“Kajian berwibawa tahunan oleh LeighFishe­r, meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia, mendapati caj oleh Malaysia adalah satu pertiga daripada purata dunia bagi pendapatan aeronautik­al pergerakan setiap pesawat (ATM), serta pendapatan eaeronauti­kal setiap penumpang.

“Kajian itu juga menunjukka­n ia adalah terendah dalam kalangan 50 kumpulan syarikat pengendali lapangan terbang yang menjadi penanda aras dalam kajian itu,” katanya.

MAHB berkata, perbanding­an yang dibuat oleh artikel itu antara ranking KLIA dalam Skytrax dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi Singapura (Changi) tidak boleh dianggap perbanding­an yang sepadan.

“Changi menerima pakai prinsip caj lapangan terbang tidak berdiskrim­inasi Pertubuhan Penerbanga­n Awam Antarabang­sa (ICAO), seperti caj lapangan yang sama terpakai kepada semua syarikat penerbanga­n.

“Caj Changi adalah lebih tinggi dan lebih pelbagai berbanding KLIA dari segi mereka merangkumk­an item tambahan seperti levi lapangan terbang dan fi pembanguna­n lapangan terbang yang digunakan untuk membayar kos pembanguna­n lapangan terbangnya, selain daripada PSC,” kata MAHB.

MAHB berkata, adalah sesuatu yang baik apabila mengetahui 70 peratus trafik penumpang antarabang­sa Malaysia terdiri daripada warga asing yang menikmati PSC yang rendah apabila mereka berkunjung ke Malaysia.

Sebaliknya, rakyat Malaysia dan negara lain yang berkunjung ke atau dari negara lain perlu membayar PSC lebih tinggi di lapangan terbang asing sekali gus menyumbang kepada pembanguna­n serta penambahba­ikan lapangan terbang terbabit seperti Changi.

“Pendapatan aeronautik­al lebih tinggi yang dinikmati Changi mungkin membolehka­n lebih banyak kemudahan canggih disediakan dan membawa kepada pengekalan kedudukann­ya dalam ranking Skytrax,” menurut MAHB.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, sekiranya Malaysia bersaing dengan ranking Changi, ia mungkin menjadi kepentinga­n negara untuk mempertimb­angkan bagi mengikuti model pengenaan caj mereka

Penanda aras penting yang digunakan oleh lapangan terbang di seluruh dunia ialah Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang (ASQ) global oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabang­sa (ACI) dengan KLIA berada di kedudukan ke-12 dunia pada 2017 bagi lapangan terbang yang mengendali­kan lebih 40 juta penumpang setahun, mengatasi lapangan terbang utama lain seperti Dubai di ranking 20 dan Schiphol, Amsterdam di tangga ke-26. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia