Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited dalam pelaksanaa­n agenda ekonomi Bumiputera: Azmin

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk bertindak lebih proaktif dengan memberi nafas baru dalam pelaksanaa­n agenda dan ekonomi Bumiputera di dalam negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, tumpuan khusus akan diberikan kepada kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah atau B40 dan kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40).

“Dalam hal ini, pelbagai dasar baharu yang sedia ada sedang dikaji dan akan ditambah baik berpanduka­n kepada keperluan semasa dan cabaran ekonomi dunia.

“Ini ialah bagi memastikan pembanguna­n ekonomi Bumiputera yang lebih mampan dan lestari dapat diwujudkan sekali gus meningkatk­an keupayaan ekonomi Bumiputera untuk lebih berdaya saing,” kata Azmin ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad, pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Parlimen semalam.

Jawapan beliau dibaca oleh Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Sehubungan dengan itu, Mohamed Azmin berkata, pelaksanaa­n dasar baharu yang sedia ada akan diterjemah di dalam strategi, inisiatif dan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang sedang dirangka kerajaan.

Menurutnya, hala tuju baharu ini akan dibentangk­an di Parlimen pada Oktober 2018 dan akan turut mengambil kira kepentinga­n Bumiputera, termasuk kumpulan B40 dan M40. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia