Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian semula projek tidak jejas perdaganga­n Malaysia-China

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) tidak menjangka kajian semula beberapa projek berkaitan perusahaan milik negara China akan menjejaska­n perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara.

Malah, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Eksport dan Akses Pasaran Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata beliau percaya isu berkaitan akan ditangani dengan sewajarnya oleh kerajaan di peringkat politik.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menegaskan banyak kali bahawa China merupakan rakan dagang yang amat penting kepada Malaysia,” katanya pada sidang media mengenai penyertaan MATRADE pada Ekspo China ASEAN (CAEXPO) 2018 Ke-15 di sini kelmarin.

Dijadualka­n diadakan di Nanning, China dari 12-15 Sept, 2018, CAEXPO Ke-15 akan menyaksika­n Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming mengetuai delegasi seramai 700 orang daripada 174 syarikat ke acara tahunan itu.

MATRADE menyasarka­n untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM450 juta pada kali ini berbanding RM405.50 juta dicatatkan tahun lepas.

Mohd Mustafa berkata China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak sembilan tahun lalu, dengan perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara mencecah RM149.18 bilion dari Januari hingga Jun 2018, meningkat 7.1 peratus berbanding RM139.32 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Ditanya mengenai sentimen pengguna dalam tempoh 100 hari pertama di bawah kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, Mohd Mustafa berkata: “Beri mereka (kerajaan baharu) ruang untuk memacu negara di bawah kepimpinan Dr Mahathir, dan Perdana Menteri itu telah menerajui negara selama lebih 20 tahun sebelum ini.

“Saya percaya beliau tahu hala tujunya dan arah untuk membawa Malaysia ke tempat yang sepatutnya kita berada,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia