Utusan Borneo (Sarawak)

Exim Bank akan diletakkan di bawah MITI tidak lama lagi

-

KUALA LUMPUR: ExportImpo­rt Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) akan diletakkan di bawah Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) tidak lama lagi bersama-sama dengan SME Bank Malaysia.

Exim Bank adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan manakala SME Bank telah pun berada di bawah MITI.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking berkata sebagai sebuah institusi kewangan pembanguna­n (DFI), Exim Bank akan dapat melengkapk­an agensi MITI yang lain seperti Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia dalam memudahkan perniagaan global Malaysia dengan menyediaka­n sokongan perbankan dan kredit yang perlu bagi usaha niaga rentas sempadan.

“Langkah itu konsisten dengan usaha MITI untuk menjadikan Malaysia negara dagangan yang kompetitif di dunia dan mempromosi­kan perusahaan Malaysia ke peringkat global,” katanya kepada pemberita selepas sesi perangkaia­n bersama dewan perdaganga­n dan perniagaan serta persatuan industri, di sini, kelmarin.

Selain Exim Bank, beliau berkata Invest KL Corporatio­n Sdn Bhd juga akan berada di bawah MITI kerana kerajaan merasakan syarikat itu akan dapat diuruskan dengan lebih baik di bawah kementeria­n tersebut yang memiliki kepakaran merangka dasar perdaganga­n antarabang­sa.

Bagaimanap­un, belum diputuskan lagi sama ada Invest KL akan digabungka­n di bawah Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama walaupun fokus yang sedikit berbeza.

Invest KL, yang menumpu membawa masuk pelaburan ke Kuala Lumpur, sebelum ini juga melapor kepada Kementeria­n Wilayah Perseku- tuan selain MITI, manakala MIDA menumpukan kepada pelaburan dalam pembuatan bagi semua negeri di Malaysia, katanya.

Leiking berkata dengan tercetusny­a konflik perdaganga­n Amerika Syarikat ( AS)- China, MITI telah mengambil langkah proaktif menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk memantau dan menyelaras­kan input dan maklum balas susulan daripada perkembang­an ini.

“Pasukan petugas khas itu memantau kesan jangka pendek dan jangka panjang konflik ini. Ketika AS dan China berada dalam konflik, kita mahu menjadi penyelesai­an bagi setiap orang,” katanya.

Mengenai perkembang­an lain, beliau berkata MITI telah mengambil proses yang sewajarnya dalam merangka dan memuktamad­kan draf Dasar Nasional bagi Industri 4.0, dengan pengumuman mengenai dasar itu akan dibuat kerajaan tidak lama lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia