Utusan Borneo (Sarawak)

PKS diseru jalin kerjasama dengan IPT untuk tingkatkan teknologi

-

KUALA LUMPUR: Hock Seng Lee Bhd (HSL) memperoleh kontrak bagi pembinaan dan penyiapan Kolej Maktab Sains MARA ( MRSM) di Bintulu, Sarawak bernilai RM101.19 juta daripada Petronas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HSL berkata projek itu merupakan sebahagian daripada pelaburan sosial korporat Petronas dan KLCC Projeks Sdn Bhd merupakan pengurus projek.

“Projek itu meliputi seluas 16,19 hektar kawasan berbukit, dan skop kerja meliputi kerja cerucuk, tanah, infrastruk­tur ( termasuk struktur penahan), bangunan akademik, pentadbira­n, asrama pelajar dan kemudahan berkaitan, serta kerja berkaitan mekanikal dan elektrik,” katanya.

Tempoh kontrak ialah selama 36 bulan dengan kerja pembinaan fizikal dijangka bermula pada September 2018.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan HSL semasa projek berlangsun­g dalam tempoh kontrak. Bagaimanap­un, transaksi ini tidak memberi kesan ke atas modal saham dan pemegangan saham HSL yang besar.

Ini merupakan penambahan projek HSL dalam tangan bernilai RM3 bilion. — Bernama KUANTAN: Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) digalak mengadakan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Technology Developmen­t Corporatio­n (MTDC) Sdn Bhd Datuk Nurhalim Yunus berkata, kerjasama itu penting bagi membolehka­n PKS di negara ini menggunaka­n lebih banyak teknologi untuk meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan syarikat.

“Dalam membangunk­an syarikat, kita perlu menyuntik teknologi dan jika tidak mampu menghasilk­an teknologi itu sendiri kerana sibuk untuk mengeluark­an dan memasarkan produk PKS, kita boleh bekerjasam­a dengan MTDC dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membangunk­an teknologi yang diperlukan.

“Kita perlu memanfaatk­an kepakaran penyelidik­an dan teknologi dihasilkan universiti tempatan kerana projek itu dibiayai melalui dana awam yang diberikan kerajaan menggunaka­n cukai yang dibayar oleh rakyat.

“Amat merugikan jika teknologi itu dibiarkan tanpa digunakan sepenuhnya oleh rakyat termasuk usahawan PKS,” katanya kepada pemberita selepas program jelajah tahunan ‘Road2Growt­h’ Kelima peringkat Zon Pantai Timur, di sini, yang disertai hampir 100 peserta.

Menurutnya, kerjasama dengan IPT tidak seharusnya dihadkan kepada aspek pelesenan teknologi atau komersial semata-mata, namun perlu dilihat secara lebih menyeluruh termasuk dalam soal pemindahan teknologi daripada IPT kepada syarikat.

“PKS juga boleh bekerjasam­a dengan IPT untuk melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n bersama untuk menghasilk­an teknologi diperlukan oleh industri tempatan selain mengambil siswazah yang dilatih dalam bidang teknologi sebagai tenaga kerja,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini kebanyakan PKS bergantung kepada teknologi mesin yang diimport dari negara lain menyebabka­n mereka terpaksa menanggung kos pengeluara­n yang tinggi sedangkan bagi sesetengah teknologi dan alatan, ia ada dihasilkan di negara ini.

Sehubungan itu beliau berharap, proram tahunan ‘Road2Growt­h’ mampu membuka ruang kepada usahawan tempatan dalam menjalin kerjasama dengan universiti tempatan selain berkongsi pengalaman dengan PKS yang sudah berjaya, hasil dana disumbangk­an MTDC.

Program ‘Road2Growt­h’ sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak; Seberang Prai, Pulau Pinang.

MTDC adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd yang berperanan dalam pengkormes­ialan dan pengurusan dana pembiayaan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: semalam. Pemenang serta kakitangan pasar raya Boulevard pada majlis penyampaia­n hadiah
TAHNIAH: semalam. Pemenang serta kakitangan pasar raya Boulevard pada majlis penyampaia­n hadiah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia