Utusan Borneo (Sarawak)

Gaji minimum akan dilaksana beransur-ansur: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n gaji minimum RM1,500 akan dibuat secara beransur- ansur bagi membolehka­n pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia mula membelanja­kan wang yang ia tidak ada, ia tidak elok bagi negara untuk tempoh jangka panjang.

“Jika kita mendesak gaji minimum yang lebih tinggi, kos pengeluara­n akan meningkat dan kita tidak akan menjadi kompetitif. Kos hidup juga akan meningkat, justeru, rakyat tidak boleh membeli apa yang mereka telah biasa beli,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Parlimen, di sini, semalam.

Dr Mahathir sebaliknya mencadangk­an gaji minimum yang berhubung kait dengan produktivi­ti.

“Produktivi­ti perlu bertambah baik dengan gaji yang lebih tinggi. Jika ia tidak bertambah baik, kos hidup akan meningkat dan gaji yang lebih tinggi tidak akan memberikan anda kuasa beli tambahan,” katanya.

Pada 10 Ogos, Perdana Menteri berkata, kenaikan gaji minimum di Malaysia akan dilaksanak­an secara beransur- asnur dan tidak akan ada semakan semula gaji bagi penjawat awam sekarang kerana kerajaan perlu memberikan keutamaan untuk membayar hutang negara.

Gaji minimum yang distandard­kan di seluruh negara pada RM1,500 itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Ketika ini, gaji minimum di Semenanjun­g Malaysia ialah pada RM1,000 di Semenanjun­g Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

Dr Mahathir berkata, keutamaan untuk menaikkan gaji minimum akan diberikan kepada penduduk di Sabah dan Sarawak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia